Travel

Monday, July 21, 2014

Gotong Royong Buat Biskut Makmor

Minggu terakhir sebelum raya - 19 July 2014, balik kampung Atuk (Sungai Siput).
Kebetulan pulak kawan Mama, Untie Chah & Untie Sherry (Kak Pah)  pun balik kampung juge. Mula la planning nak jumpa melepaskan rindu. Tapi alang-alang bersembang, dari pada tak de buat apa, Untie Chah cadangkan buat biskut makmor. Elok beno le tu, Amyra memang suka beno biskut makmor nih.

Lepas berbuka, Untie Chah amik Mama pegi umah Untie Noeni. Aunti Sherry (Kak Pah) & Untie Ariza dah sampei dah.  Papa bawak keta pegi Terawikh. Anak-anak Mama semua tak sedor diri dah..seronok main bunga api dengan sepupu sepapat. Mama naik keta, deme buat nohen jer..hehhe
Dalam pukul 9 lebih, bermula la projek Biskut Makmor sambil bersembang. Memang senang buat biskut makmor nih. Tak sedor, tengok-tengok dah dapat 4-5 balang. Balang kecik ler. Rasa pun sedap!

Untie Noeni jamu laksa ngan cendol. Untie Ariza bawak sengkuang calit.
sambil nyembang sambil makan, sambil gentel biskut makmor. Memang seronok sangat!
Sedor-sedor dah pukui 1 pagi. Dapat bawak balik sorang sebalang.
Ada yang tak abis bakor lagi, tinggei kat tuan rumah. Tuan rumah (Untie Noeni) esoknya hantor lagi sebalang kat Mama..huhuhu

Tahun depan kita buat lagi ye kome. Idok nyembang kosong jer. Nyembang ada hasil.
Terbaeeekkk!!!










No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget