Travel

Wednesday, March 06, 2013

Minggu Peksa Aisya dan Amna

Minggu ni Aisya & Amna start peksa Sekolah Agama. Dari minggu lepas balik sekolah tak boleh tengok tv. Di arahkan mengulangkaji pelajaran dalam bilik. Bila dah membaca dalam bilik, sambil baring plak tu... Pukul 9 dah lelap!! Huhuhu

Aimy & 'Ali pun dilarang masuk ke dalam bilik. Siap letak nota lagi kat pintu. Macam lah Aimy & 'Ali boleh baca.. Ekekek

Start minggu ni, Amna minta Mama ajarkan. Amna boleh membaca jawi, semua huruf dah kenal. Tapi bila huruf bersambung tu susah sikit la. Tak per, baru darjah 1 kan (sedapkan hati sendiri.. Ekekke)

Aisya dah darjah 4, dah pandai ulangkaji sendiri. Tapi ada hati jugak nak belajar ngan Mama. Jeles la tu, tengok Mama ajar Amna. Kan!Kan!

Aimy & 'Ali kerjanya mengacau jer lah.. Siannn asik kena halau jer.

Habis kertas doa Amna kena koyak. Kena rotan tangan sekali dengan Mama. Terpaksa la Mama tampal balik kertas doa tu.

Amna minggu ni, pagi-pagi ada je alasan macam tak nak pegi sekolah. Isnin sakit perut, selasa demam, esok apa ntah lagi alasannya... Banyak akal Amna nih!







2 comments:

  1. Anak gugyrl ni x per.rajeeeeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh jugak kena kerah budak2 tu...

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers