Travel

Saturday, July 23, 2011

Kalau Rumahku IKEA

Dah lama mama ambik gambar kat IKEA ni, tapi x berkesempatan nak upload. Mama dapat idea nak amik gambar dalam IKEA ni dari satu blog..tapi mama dah lupa address blog tu..blog tu mama tgk dari sharing link FB. Memang menarik sangat!
So, satu hari yang tak de apa nak buat, ajak Papa pegi IKEA..memang takde plan nak beli barang pun..nak amik gambo jer..hangin jer Papa..ekekkek
Mama buat cerita ala-ala satu hari la...enjoyyy :)

Good Morning my princess!!

Cepat la kakak bangun, Aimy dah mandi daahhh...

Aimy main sorang2, sambil Aisya & Amna masuk toilet.

Rajinnya kakak..bangun tido terus baca buku!!

Baca buku seminit..tengok tv berejam-jam!!

Lepas ke toilet, basuh tangan...bagusssss!

Kakak nak masak la Mama..

Kakak Aisya nak masak apa tu? Amna nak tolong..

OK..Amna jaga kuali tu yer..jangan sampai hangus. Aimy jangan kacauu!!


OK laahhh..Aimy tak kacau..Aimy main kat dapur comel Aimy nihhh...

OK dah siap..jom makan! Sedap tak Amna?

Aimy elok2 pegang cawan tu..kang tumpah..

Mesin basuh dah berhenti..nak sidai kain jap.
Masa untuk main...Amna nak naik boyan la...

Kita main mak-mak lah...

Aimy pun nak main jugak..Aimy jadi adik..

Kakak Aisya jadi Mama, Kakak Amna jadi Kakak..

Kita main sorok-sorok la pulak!

Kenapa main kat katil mama?? keluarrrrrrr!!

Mama marah main dalam bilik Mama la..kita main kat depan la..

Dah maghrib ni, tutup tingkap.

Dah malam dah..Amna jom tido.

Good Night Mama..Good Night Papa :)


2 comments:

  1. Ha ha memang terBAEK!!!!! kalaulah.......... *panjang lagi nak letak dot dot dot*

    ReplyDelete
  2. eh..sukanya akak tengok 3 dara kamu. Comel2!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget