Travel

Wednesday, August 14, 2013

Duit Raya ~ Menabung di Tabung Haji

Sementelah hari ni Papa & Mama bercuti lagi, hari ni bawa Aisya & Amna masukkan duit raya ke dalam Tabung Haji. Biasanya Papa yang masukkan, hari ni nak bagi Aisya & Amna merasa pengalaman simpan duit dalam bank. Semoga ada perasaan seronok nak simpan duit. InshaaAllah..


Hari ni jugak Papa & Mama ambil kesempatan untuk mendaftar untuk menunaikan Haji. Tak perlu isi apa-apa borang, tunjuk buku Tabung Haji je. Kalau dalam simpanan dah ada RM1300 dah boleh mendaftar. Simpanan Aisya & Amna pun dah mencecah RM1300.. So daftar sekali lah.

Tahun peruntukan Haji : 2063 ( 50 tahun lagi!!)
Tapi tahun tu sebagai panduan sahaja. Tabung Haji akan beri keutamaan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji & mereka yang berumur 75 tahun ke atas. 
Semoga Papa & Mama ada rezeki menunaikan Haji. Aminn..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget