Travel

Sunday, July 13, 2014

Morib Gold Cost - Happy Birthday Amna


Happy 8th Birthday Amna - 13 June 2014 & Happy Birthday 5th Birthday Aimy - 30 June 2014.
Semoga anak-anak Mama membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

Sempena birthday Amna & Aimy, mama & papa bawa pegi Morib Gold Coast yang glamer dengan water theme park dalam hotel tu.

Mama booking via internet. Dari website direct ke Agoda. Seingat Mama, mama booking tu harganya dalam 400++ untuk apartment 2 bilik. Tapi bila dapat confirmation jadi rm522 pulak. Masa check-in tengok pada kertas booking harga rm433. Hmmmm.. Tanya adik yg jaga kaunter tu, tak menjawab soalan plak. Pas tu, bilik jauh dari bangunan yang ada water themepark. Kena cross 1 bangunan! Jakuzzi pun takde!! Frust!!
Padan muka mama sebab tak baca betul2 facilitiesnya, selain tu kata ada Astro-tapi channel Astronya TV al-hijrah je. Lain-lain channel biasa TV1, TV2, TV3, 8Tv & TV9 je.. Amyras kecewa tak dapat tengok Runningman.
Lagi satu, wifi - x de langsung!

Nasib baik breakfast banyak pilihan dan Amyras & Ali seronok mandi kolam sampai tak nak balik. Huhuhu..
Amna dah request nak datang lagi.
InsyaAllah kalau ada rezeki kita pegi lagi yer..


Cupcake Frozen mama order dari Hani. Comel kan.. Rasa pun sedappp!! 
Boleh contact Hani untuk order : +60 12 697 4862

Ini dia water themeparknya.. Ramainya orang.

Papa yang over excited nampaknya. Hehehe


Dinner time pegi Medan Selera Pantai, tak jauh dari hotel. Dalam 5 minit je perjalanan dengan kereta.

Datang sini nak makan udang goreng susu tepung. Tapi malangnya dah takde jual kat restaurant ni. Takde rezeki.

Sotong Bakar Morib. Itu la namanyanya, sorong kering yang dibakar kemudian ditabur dengan kacang tumbuk & sos cili.  5 helai RM10.
Nasib baik mak beli sotong ni. Kalau tak kebulur! Sebab makanan yg diorder sangatlah lambat.


Breakfast di Morib Gold Coast. Boleh tahan banyak menunya. Tapi pukul 10pagi dah last call. Macam awal sangat je ...


Dapat makan sebelah water theme park.


Makwan & birthday girl Amna. (Aisya & Amna tak nak pegi sarapan, kenyang makan ipad)



Habis sarapan, menapak cross 1 bangunan. Huhuhu


Hari ni jugak merupakan Father's Day.
On d way balik singgah tempat wajib. Starbuck Drive Tru di R&R Rawang.
Happy Father's Day Papa♡♡♡♡
Thank you for everything.











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget