Day 2
Tarikh : 16 Oct 2015
Hari : Jumaat
Itinerary Hari ini : Sarapan kat Teh Tarik Place - Menyusuri Sungai Melaka (Jalan kaki okeh!) - Bandar Hilir (Dutch Square, Menara Jam) - Naik beca - Muzium Kapal - Muzium Samudera - A Famosa - Balik hotel - Papa pegi solat Jumaat - Lunch - Melaka Upside Down House - Menara Taming Sari - Duck Tour Melaka - Dinner kat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.
Pagi sarapan kat Teh Tarik Place. Depan lobby hotel je. Standard makanan kedai mamak tapi kedai cantik. Makan roti canai, nasi lemak & roti bakar.
Disebabkan semalam naik Melaka Cruise, macam dekaaatt je nak pegi Bandar Hilir ni. Maka pagi ni kita jalan kaki. Sungai Melaka belakang hotel je pun. Memang berpeluh nak sampai ke Bandar Hilir nun. hehhehe..Tapi dapat tengok Kampung Morten dan lukisan-lukisan dinding dari dekat sangat mengujakan.
Sampai dah Bandar Hilir.
1st pit stop - Kincir Angin
2nd pit stop - gerai Cendol depan Dutch Square
Lawa rambut Aimy, tapi la nih dah potong pendek (T T)
Jom naik beca otromen. Sejam RM60
Sian sebenornya tengok brader ngayuh bawak kami berempat. huhuhu
tapi dari satu tempat ke satu tempat tak la jauh sangat pun.
3rd Pit Stop - Muzium Kapal. Amna paling kecoh, sebab dia baru je datang sini masa rombongan sekolah baru-baru nih. Kecoh nak cari penjara.
Papa melayan Ali & Aimy
Sebelah Muzium Kapal ada Muzium Samudera. Tak menarik sangat. hehheheh..
Depan nya ada Muzium TLDM tapi kami tak masuk. Nyesal plak tak masuk.
4th Pit Stop : Tak tau apa nama tempat ni, tak da signbord! Kapal apa pun tak tau...hahhahah
5th Pit Stop : A Famosa yang femes tu. Mana ntah gambar, tak de lak dalam tepon nih. Dah la tghari, memanjat(naik tangga) bukit plak tu..memang macam lari marathon(eh fun run) rasanya.
5th Pit Stop : A Famosa yang femes tu. Mana ntah gambar, tak de lak dalam tepon nih. Dah la tghari, memanjat(naik tangga) bukit plak tu..memang macam lari marathon(eh fun run) rasanya.
Sampai sini dah tengahari, penat dah berjalan. So decide balik hotel. Asalnya nak naik Melaka River Cruise tu sebab lalu belakang hotel. Tapi malang nya MRC rehat dari koi 12-2.30pm sebab hari ni hari Jumaat.
So, kita balik hotel naik teksi.
Sampai hotel, Papa pegi Masjid berdekatan untuk solat jumaat.
Mama tido layan mata. hehhe
Lepas Papa balik solat, lunch kat restoran depan hotel. Budak-budak mandi kolam tak ingat nak naik. Maka nya tapau je lah untuk kome ye.
Pit Stop 1 sessi petang : Lepas lunch & solat kat hotel, kita keluar pegi Upside Down House pulak.
Dewasa : RM15, Kekanak : RM10 (belum masuk GST 6%)
Dalam nya tak besor pun. macam kedai 2 pintu tu je. Tapi boleh la buat sonok-sonok.
Amik gambar pun kena ada skill. Kalau idok, tak menjadi. Boleh minta tolong staff dia kalau nak amik gambar reramai.
Pit stop 2 sessi petang : Menara Taming Sari
Beli ticket kat kaunter, dapat ayo mineral & cupcake. Kiranya makan petang sambil tengok pemandangan Melaka. gitewwww.
Harga tiket dewasa : RM10, kekanak : RM5
Papa & Ali tak naik. RUGI!!
Pit stop ke 3 sessi petang : Duck Tour Melaka
Kenderaan 2 Alam. Bleh gerak atas jalan raya & dalam air! Hebat ke idok?
Tapi tiket mahei bebenor kome ooiiii
Dewasa : RM38, Kekanak: RM22
Tapi demi pengalaman kan. Priceless!!
Pit Stop ke 4 sessi petang : Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung.
Suka restoran nih, sebab cepat! Tak tunggu lama sangat nak dapat makanan.
Harga pun berpatutan. Tak ler over budget.
Ni namanya Pepahat masak Halia. Mama suka! Mama sorang yang makan. Hahhahha
Last Pit Stop - balik hotel lah. Tapi bebudak nih tak penat-penat lagi. Pegi main 'taman' plak kat tepo swimming pool. Layaannnnnn
Berakhirlah perjalanan hari ni.
Jumpa esok di next entry.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)