Tarikh: 15 Oct 2015
Hari : Khamis
Yeaayy! Hari ni nak pegi jalan-jalan Melaka. Mama siap buat itinerary hokeh!..over tau.. Sebab Melaka ni banyak sangat tempat best yang kena pegi. Tapi, sebab ada masa 3 hari 2 malam je, kena lah pilih-pilih dan plan. Tak de lah kang asik-asik tanya, nak ke mana? nak ke mana? kan kan
Summary hari ini : Cendol Bakar Pantai Klebang - Coconut Shake Original Pantai Klebang - Kueh Keria Kampung Limbongan - Masjid Tengkera - The Pines Hotel (check-in) - Melaka River Cruise - Jonker Street
Lepas amik Makwan terus menuju ke Melaka. Perhentian pertama - Pantai Klebang. Cendol Bakar & Coconut Shake. Ingatkan tepi pantai, bila sampai Cendol Bakar Pantai Klebang ni..mana pantai nya? hahhahahha..nan hado!
Group posing depan Cendol Bakar, boleh drive thru kalau nak bungkus je.
Coconut Shake Original Pantai Klebang. Perut penuh dah dengan cendol tadi, tapi nak rasa coconut shake yang glamer nih. Kita bungkus jer.
Dari Coconut Shake tadi tak jauh sangat, singgah beli kueh keria antarabangsa Kg Limbongan. Memang betul-betul tepi Masjid Kg Limbongan. Kena tunggu sebab hat yang sebelum tuh dah abis, tunggu masak hat lain. Tapi tak sia-sia tunggu! memang sedaaappppp!
Masjid Tengkera - Masjid kedua tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1728. Tak caya tanya Pakcik Google.
Solat Jamak Zuhur & Asar kat sini.
Senibinanya sangat cantik dan menarik.
Masa untuk check-in The Pines Hotel.
Macam biasa, tugas Mama check-in, Papa parking keta dan angkut beg.
Group posing kat sofa lobby. Mama suka kaler sofa ni.
Masa untuk mandi kolam. Kenapa Mama pilih Hotel The Pines - sebab ada bilik sebelah swimming pool. Hebat kan? Harga pun berpatutan.
Mandi lah korang sampai lebam. :)
Aktiviti malam ni, kita naik Melaka River Cruise. Orang tak ramai sebab belum cuti sekolah lagi.Kalau pegi Melaka wajib naik Melaka River Cruise nih.
Tiket Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
Ada GST 6% ..uhuk!
Lepas tu pegi Jonker Street tapi pusing-pusing naik kereta je. Tak de apa pun. Kalau sabtu ahad baru ada pasar malam kat situ.
Jumpa di next entry untuk Day 2 plak.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)