Travel

Sunday, April 06, 2014

Trip to Guangzhou China ~ Departure

Planning nak pegi Guangzhou China ni dari tahun lepas lagi. Bila Ucu kata nak pegi Guangzhou, mama pun sebuk nak ikut, padahal masa tu tak tau bila tarikh. Bila tarikh dah confirm, 4 hari kena minta cuti.. Cuak jugak. Hahahahha.. Nasib baik boss approved. 
Mama ajak Mak Long sekali... Yeayy ada geng!

Tiket : RM740 (Air Asia)
Tour ( hotel + transport + makan ) : RM960

25hb Mac 2014 (Selasa), hari yang di nanti telah tiba. Flightnya malam pukul 8.25pm. Arahan dari 'ketua rombongan' kena sampai kat LCCT pukul 5.30pm.
Pagi Mama bawak Ali gi Klinik Tan sebab demam Ali tak kebah lagi. Lepas hantar Ali gi nursery, baru Mama kemas beg. Dari rumah Mama keluar pukul 3.15 lebih kurang pegi ke rumah Mak Wan. Dari rumah Mak Wan naik limo dengan Uncle Ipin & Ucu.

Mak Long datang naik bas Yoyo dari Ipoh direct ke LCCT.

Selfie guna monopod dalam limo (^_^)v

Sampai LCCT sambil tunggu ahli rombongan, makan kat Taste of Asia. Gila banyak lalat!! Dry mee nya pun tak sedap. Huh!

Yong sampai dalam pukul 5.30pm, lepas semua ahli rombongan sampai pegi kaunter drop bag. Total beg Mama + Maklong 18kg.
Lepas tu pegi tukar duit. Mama dah tuko duit kat Rawang. Mak Long tuko duit kat airport mahal ler.

Rawang : 100 Yuan = RM54.8 
LCCT : 100 Yuan = RM58.7

Depa kata nak murah lagi tuko kat Mid Valley. 

Dah tuko duit terus masuk balai berlepas.
Lalu kat kastam & scan hand luggage. Sampai sini tak bleh bawak air dah. 
Maklong ada 2 botol air, so lepak dulu la abis kan air minum. Hehehe


  Perrgghhh ramai betul orang menunggu kat balai berlepas nih. Satu pintu untuk 2 flight, tu yg tak cukup bangku nak duduk tuh.
Tepat pukul 8.10 kut, baru boleh bergerak ke kapal. Jauh lagi nak jalan nih..

Seat dapat kat depan Emergency Exit tengah. Kerusi tak boleh kebelakangkan!! Kena duk tengak jer.. Dennnggg!! Sakit pinggang ^^;


Sebagai bukan warganegara China, kena isi Arrival/Departure Card ni. Kat kaunter Kastam pun ada, tapi kalau isi siap2, lagi senang kan.

Ini lah rupa visa ke China, kena la apply dulu kat Embassy of China kat KL sebelum travel. Travel kali ni kiranya under agent, so agent la buat kan. Minta buat Double Entry sebab kononnya nak pegi Hongkong. Nak tau jadi tak jadi gi Hongkong kena baca sampai abis lah .. Hehehehe



Makanan yang pre-order. Nasi briani bukhara. Nampak cam sedap, tapi tak leh nak telan.. Pedas betul!! Tak tau la sebab kenyang ke sebab pedas.. Memang makan sesudu dua jer.. Rugi-rugi... Mak long elok je makan sampai habis.

Pengalaman naik flight kali ni memang cuak sangat!! Dengan kes MH370, dengan cuaca yang tak berapa elok. Nampak petir dari tingkap, flight pun bergegar-gegar lama..doa & zikir memang tak lekang lah.

Tapi Alhamdulillah.. Pukul 12.25am sampai di Banyun International Airport.


Cukup sampai sini dulu.. See you next entry(^_^)v


1 comment:

  1. terbaekkkk... rasa cam sedap je nasi bukhara tu hihihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget