Travel

Monday, October 14, 2013

10th Anniversary ♡ Tokyo Disneyland ♡♡ part 1

Tokyo Disneyland, ini kali ke 4 Mama & Papa sampai ke sini. 1st time dengan kawan-kawan, 2nd time dating Mama & Papa ( 1st & 2nd masa study dulu ), 3rd time pegi dengan family + family uncle long masa Papa training 6 bulan.

Tokyo Disneyland ada 8 park & tak cukup satu hari nak round semua park tu. So, hari ni tumpukan pada park yang ringan-ringan jer :).

Peta amik dari website.

Sampai-sampai dah ramai yg menunggu. 
Muka masing-masing macam tak mandi. Kehkehkeh..

Tempat pertama dituju bila pintu gate dibuka ialah tempat rental stroller. Lama gak beratur nak rental stroller nih. Asalnya nak rental motor electric untuk MakWan, tapi malangnya dah habis!!
So, rental 2 stroller untuk Ali & Aimy.

Lepas dapat stroller nampak Daisy & Donald Duck. Amna dapat hi-five Donald Duck!! Terpaku Amna dibuatnya.. Kehkehkeh

Lepas tu pegi kat tempat photoshoot with Mickey Mouse.. Next sessi lambaaat lagi.. Jalan2 dulu lah..

Mula-mula naik bas double decker. Walaupun dah pernah datang, ini kali pertama naik bas double decker ni. Pusing kat roundabout jer.. Bleh nampak pintu masuk park jer..


Habis 1 pusingan, amik gambar depan Castle. Wajib amik gambar depan Castle ni okeh! Kalau tak, tak rasa gi Disneyland.

Dan kali pertama jugak masuk dalam Cinderella Castle ni. Memang cantik sangat decoration dalam Castle ni. Kalau pakai dress memang akan rasa macam princess lah!
Dalam Castle ni ada patung-patung kecik  berkisarkan kisah Cinderella.
Ada singgahsana untuk posing dan ada kasut kaca untuk pengunjung 'try'. 
Keluar dari Castle, amik gambar lagi.. Dari belakang Castle pulak...Hehehe
Nampak Parade dari jauh je. Biasanya orang tunggu Parade ni tepi jalan, sebab boleh tengok semua karektor-karektor yang cute itu.

Ok. Habis part 1, takkan itu je kan.. Ntah berapa part ni.. Hahahah.. See you next entry :)





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget