Travel

Wednesday, August 14, 2013

Atuk & Nenek Balik Kampung ~ tertinggal kapal terbang!!

Semalam hantar Atuk & Nenek ke LCCT. Atuk & nenek nak balik beraya di Indonesia. Jadualnya bertolak pada 13hb August 2013 pukul 1.30 petang. 

Sampai di LCCT seawal 11.00pagi, terus cari kaunter untuk baggage drop. Tapi x jumpa la plak kalau ikut kaunter S. Nampak orang duk beratur kat Document Check Counter, mama pun suruh la Atuk & Nenek beratur.. Tak pasti perlu ke tak check document ni. Huhuhu..

Lepas tu tanya 2 orang staff Air Asia kat mana nak baggage drop.. Baru tau kat kaunter R.. Yg dulunya kaunter untuk check-in. Lay out LCCT pun dah lain sket... 2 tahun sekali datang.. Tu yg kompius tu.

Masa masukkan beg, Atuk kena bayar extra RM105 untuk 15kg. Sebab Mama silap beli beg untuk 25kg jer.. Tak cukup rupanya.... Sorryyyyy...

Lepas settle masukkan beg. Cari pengurup wang plak. Jenuh pusing LCCT tak jumpa. Kekekke.. Tanya kat kaunter info, dia blank bila cakap 'pengurup wang'.. Sebut money changer  baru tau.. Adoyaiiii.. Omputeh lah sangat kan!!

Lepas Atuk & Nenek tukar duit.. Pegi makan. Amna dah merajuk-rajuk lapar. Amyras semua nak makan McD, Atuk & Nenek mama bawak pegi makan kat Old Town WhiteCoffee.  

Dalam pukul 12.30, Atuk & Nenek masuk ke Balai Berlepas. Semoga Atuk & Nenek selamat sampai. *gambar sempat ambik  1 je.. Lepas tu bateri abis.. Grrrrrrr

*******

Tak abis citer lagi ni.. Pagi ni Atuk tepon dan bagitau dah selamat sampai kat kampung nenek.

Tapi ada cerita lain.. Atuk & Nenek tertinggal kapal terbang!! Eh?? Cam mana boleh tertinggal.. Kan masuk awal dah semalam. Atuk cerita, dah duduk kat gate 10 seperti yang diberitahu. Tapi announcement tak sebut pun Bandung. Cuma sebut Surabaya. Mama tak paham sangat cerita Atuk.. Tapi Mama agak, gate 10 tu untuk penerbangan ke Bandung & Surabaya. Sampai pukul 2 baru Atuk & Nenek tanya dan memang dah berlepas la flightnya kan. 

Atuk & Nenek terpaksa la keluar balik, amik beg. Beli tiket lain pulak.. Kena la RM800++ utk tiket pergi ke Bandung 2 orang .. Lagi mahal dari tiket pegi balik.
Tak per la Atuk kata, pengajaran. Huhuhu..

Yang penting sekarang, Atuk & Nenek dah selamat sampai. Harap2 balik nanti takde masalah yang timbul..:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget