Travel

Wednesday, April 10, 2013

Hyatt Regency Teluk Chempedak ~ nak pegi lagi♡

Minggu ni jalan-jalan ke Pekan melihat kawasan. Mama teringat hotel yang betul-betul sebelah pantai Teluk Chempedak. Tengok harga, 1 malam untuk Sea view twin @ king bed RM410++, kalau sekali dengan breakfast RM475++ dan breakfastnya boleh request makan kat bilik. Survey kat Asia Room, KAYAK dan beberapa hotel reservation online yang lain.. Lebih kurang je harga, so Mama booking terus via phone.

Tapi, mula-mula Mama call lunch hour, reservation staff pegi lunch. BOLEH?? Mama komplen la, reservation staff kena ganti-ganti.. Mana boleh 'rehat'. Staff ada 2 jer, sorang lagi cuti... Adeeeehhhhh... Takpe la, Mama call lain masa.

Dipendekkan citer, hari Sabtu pagi Mama pegi buat photoshoot Ambrynaa Shawl kat Shah Alam. Amna ada Kem Solat Bestari di Sek Kebangsaan. Lepas habis photoshoot kat i-city, tukar keta dengan Ucu sebab Ucu nak guna amik uncle Ipin dan family kat KLIA.

Lebih kurang pukul 2.30 petang bertolak dari rumah, amik Aisya, Aimy & Ali kat Taska dan terus bertolak ke Kuantan. Sampai di hotel lebih kurang pukul 6.30 petang. Sampai-sampai je kat lobby, staff tolong angkatkan beg letak kat trolley. Tapi sekali lagi problem kat reservation, ada guest 4-5 org sebelum kita. Memang lamanya nak menunggu depa settle daftar masuk. Lepas kita daftar masuk, staff tolong bawakkan beg dan tunjukkan bilik.

Bilik kecik je memang sesuai untuk 2 orang. Tapi Papa dah standby toto untuk Aisya dan Amna tido :). Lain-lain amenities mantop!
Malam ni dinner kat kedai sebelah hotel.. Ada macam foodcourt. Budak-budak ralit main 'taman' termasuk la 'Ali. Dengan angin laut dan langit yang cerah. Sangat best lepak-lepak tepi pantai Teluk Chempedak ni.

Lepas dinner, lalu kat kedai mainan. Papa kena pau dengan Aimy & Amna. Huhuhu

Malamnya sebelum tido, mama call frontdesk pasal breakfast esok. Ada pilihan, Continential, American atau Asian. Mama pilih American.
Esoknya tepat pukul 8 pagi seperti yang direquest breakfast sampai. Walaupun breakfast untuk dua orang. Tapi sangat banyak sekali hadap dengan budak-budak ni pun tak habis. Kalau makan kat restoran sure budak-budak kena charge kan.
Makan kat balkoni hotel berlatar belakangkan pemandangan kolam dan pantai... Peerrrghhhhh.. Shiawase.

Aisya & Amna dah tak sabar nak pegi mandi kolam dah... Pegi lah kome. Mama & Papa nak menikmati sarapan ni. Cepat je bersiap tukar baju mandi, tengok-tengok dah ada kat pintu!

Selepas tu Mama & Papa pun menyusul. Rupa-rupanya Aisya Amna Aimy nak bina istana pasir.. Tapi hampeh tak jadi pun. Memang cantik Pantai Teluk Chempedak ni.. putih bersih pasirnya.. kalau dapat stay 2-3 hari kan best.. huhuhuh.
Papa ajak 3As mandi kolam, Mama duk tepi je jadi pemerhati:).





























2 comments:

  1. Owh rindunya Teluk Cempedakkk!! memang best kan lepak siniiii... aku last pergi pun tahun 2010... nak pegi lagiii wehhhhhh.

    Nko minggu depan pun pergi lagi ekk hantar Pakcik plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2010? Lama dah tu Izan.
      Bestnyaaa.. Nak pegi lagi !!

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers