Travel

Wednesday, November 25, 2009

ALZA - Kereta Juga MPV




23 Nov 2009 bersamaan dengan hari Isnin secara rasminya Perodua melancarkan model terbaru – ALZA.

Hari Selasa pagi, baru ada ALZA kat Show-Off Arena Perodua HQ. Ada 2 ALZA yang di’show’ kan.

Warna purple dan warna putih ( white ivory ). Ini la 1st time mama tengok dari dekat ALZA ni. Biasanya mama nampak dari jauh jerk at Test Track.



Pada pendapat mama, ALZA sangat comel. Tak leh bandingkan dengan Exora tau Grand Livina..sebab lain ‘level’.

Dari segi body design, nampak macam Jazz. Dalam dia plak, Bahagian depan (pemandu) luas. Dashbord pun cantik. Tempat duduk belakang pun OK..tempat sandar boleh adjust.

Bahagian paling belakang pun bila masuk kaki boleh gerak2 depan belakang..x der la tak leh gerak langsung. Tapi itu untuk orang yang size cam mama la..Kalau kanak2 lagi la takder masalah.


Tapi tempat beg memang kecik la..mana2 MPV tempat beg memang kecik..hehe

Overall pendapat mama, ALZA nih lebih kepada kereta, tapi boleh dijadikan MPV.

Maklumat lanjut boleh layari www.perodua.com.my






Sunday, November 15, 2009

Happy Birthday Papa

Otanjoubi Omedetou..

Terima kasih kepada Uncle Long yang telah 'menaja' dinner sempena birthday Papa hari ini :).
Dinner telah berlangsung di Sun & Surf Restaurant, Sunway Resort & Spa Hotel.

Sebenarnya Uncle Long memang nak belanja satu family sebab dapat 'durian runtuh'. Tetengok dekat ngan tarikh birthday Papa. Jadi Mama request la Uncle Long buat 15 Nov :). Thank You Uncle Long!!

Sedap wo..macam2 menunya..yang bestnya sebab ada sushi dan sashimi!! Itu la makanan pertama yang mama terjah..hehehhe. Lagi satu yang 'menangkap mata' adalah pancuran coklat..kalau ada kat umah best nih!



Ini la pancuran coklat..apa nama nya ek?

sashimi for birthday boy.. :)

tokyah dan makwan. tokyah macam YB la...

penaja kita ari ni..uncle long, untie ummi & dania.

Wednesday, November 11, 2009

Pelajar Terbaik Tadika Generasi Bestari

Tahniah Amyra Nur Aisya!!

Aisya terpilih menjadi pelajar terbaik Tadika Bestari 2009.Terima kasih kepada cikgu2 Tadika Bestari – Cikgu Wati, Cikgu G, Cikgu Lily (itu jer yang mama tau J)Dan terima kasih kepada Score A Programme J


Mama memang tak sangka Aisya boleh jadi pelajar terbaik akademi.
Kandou (syahdu) rasanya bila tengok gambar Aisya dalam booklet agenda majlis graduasi.
Kandou sebab tak sangka anak mama nih pandai dan dah besor rupanya anak mama nih..uhuk!!

Mama harap, Aisya akan sentiasa cemerlang pada masa akan datang. Amiiinnnn…


Booklet dan makan petang yang disediakan.
Roti jala & kuah duriannya sedaaapp!!
Pelajar 6 tahun menyampai nasyid.
Dapat piala untuk setiap subjek.
Aisya menyampaikan poem bersama kawan - Atiqah
Papa dipanggil ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada Olahragawan/Olahragawati


Aisya dan Amna posing dengan hadiah. Amna pun belajar rajin2 yer..nanti leh dapat hadiah macam kakak :)

Saturday, November 07, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Pernah dengar tak pasal Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru?
Dah lama mama dengar pasal nasi lemak ni..tapi tak pernah la makan.
Hari Sabtu, lepas mama pegi Kenshido HQ kat Kota Damansara, mama dan kawan2 mama..Untie Wati, Untie Liza & Untie Siti ikut papa dan kawan-kawan papa makan kat Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru cawangan Dataran Sunway, Kota Damansara.

Mama makan nasi lemak kerang + telur goreng + air barley. Nak tau harganya? RM10.65!! uhuk!! macam makan nasi briani harganya. Dah la order self service, kena beratur. Air jer yang dihantar. Dari segi rasa pun, tak la sedap sangat..sedap lagi nasi rm1 yang mama selalu beli on the way nak pegi kerja :). Lepas nih, rasanya kalau nak pegi makan sendiri tuh tak pegi dah kut..kalau org nak belanjer..itu lain citer..hahahhaha!!!



Untie Siti dan Untie LizaUntie Wati & mamaMakan mee goreng mamak, kena perah limau..baru kaw!!

Mamat waiter bukan melayu yang agak menghairankan mama & kawan2. Orang mana la nih :)

Lepas makan, mama & kawan2, pegi Butik Ariani. Terbeli 2 tudung :p. Beli yang ada diskaun..tak sanggup lagi beli tudung harga seratus lebih..heheh

Wednesday, November 04, 2009

Ubat Bosan

Mama nak kongsi conversation sms mama dengan kawan mama - Untie Rozila pasal ubat bosan :)

Mama: MC lagi. Boring siyut duk umah. Aisya pun dah kena sakit mata.

Untie Rozila: Patut le banyak masa update blog..hehehhe..Jadi la surirumahtangga mithali..masak, basuh, jaga anak, sambut laki balik keje..

Mama: Patutnya tak leh ngadap pc aku ni. Mata lambat baik. Bosan punya pasal. Tak nak aku jadi surirumah sepenuh masa. Penat!! Hahaha

Untie Rozila: Laki aku cakap, kalau bosan amik buku agama baca, kalau tak pun amik tasbih berzikir...eheehhe

Mama: Hahahahahahhah!! Pesanan berguna tu..ekkeke

Untie Rozila: Hehehhe sakit telinga aku dengarnya..Hilang terus bosan aku..

Mama: Hahaha! Btul2. Terus hilang bosan!

Ada sapa-sapa yang bosan?? :)

Tuesday, November 03, 2009

Petua Ubat Sakit Mata

Mama dapat petua nak ilangkan sakit mata dari kawan2 Mama. :)
Bila dah cakap pasal petua, keluar la petua-petua lain. Petua nak bagi rambut lebat & petua nak ilangkan ruam susu.
Thank you guys!

petua dari Untie Rusma:
den pun ada petua nak kongsi gak nie... nak lebatkan rambut anak selepas botakkan, ambik daun pucuk kayu manis, campur ngan susu ibu skit, ramas ramas, sapu kat kepala baby...Insyallah rambut baby cepat tumbuh and lebat...dedua anak aku , aku wat cenggitu...
petua dari Untie Noora:
yg ciknoora tahu, kalo mata baby bertahi mata jek.. pagi2 sebelum gosok gigi..bangun tido je terus jilat kat mata baby tu. kalo baby girl, papa kena buat. kalo baby boy, mama kena buat! camtu gak kalo baby idung tersumbat tu. mama/papa kena sedut hidung diorg utk keluarkan ingus yg ada kat dlm idung tu. baby boy-mama buat. baby girl-papa buat. tapi... ciknoora...anak boy ke...girl ke...ciknoora yg buat selalu nye. sebab, ciknoora yg selalu ada dgn baby. ehhe.. lagi 1 petua yg ciknoora dpt..masa asha zahra dlm pantang hari tu..pipi dia kena ruam susu. mak bidan ajarkan 1 petua. amik arang dapur kayu...(arang yg ada kat atas alang dapur tu...bukan arang yg buat masak tu..)..pastu serbuk arang tu dicampurkan sket dgn air masak dan setitis-dua air susu ibu. pastu tepekkan kat tempat ruam nye, sambil bersolawat dan doa byk2 moga sembuh. 3 mlm berturut turut.. alhamdulillah mau baik lak ruam susu kat muka asha zahra tu. arang tu, mak bidan kitorg yg kasi. dia pun dok kirim kat sepupu kitorg yg balik ke kg kat perak. kat sana, diorg gunakan lagi dapur kayu...tu yg dia boleh dapatkan arang kat alang dapur tu. akak tu kasi kat mak bidan buat simpanan. heheh..
petua dari Untie Anie:
aku pernah buat masa hana baru lahir...dlm pantang lagi... tapi masa tu sbb mata hana kuar taik mata jer... idak le merah2 ke gatal2 ker...mertua aku ajar... titiskan susu badan ke mata bb...aku titiskan direct dari oppai ke mata bb....sbb kalu guna tgk ke takut ada kuman kat tgn kite masuk lak dlm mata bb kan... Alhamdulillah laa tak lama pastu ok...
petua dari Untie Rusma:
aku pernah dgr petua , titiskan air susu ibu kat mata anak, leh hilangkan sakit mata...tak pernah lak aku try sbb masa tina sakit mata dulu aku dah tak der susu..kekekke

Sunday, November 01, 2009

Aimy sakit mata

Sabtu 31 Oct mata kanan
Ahad 1 Nov mata kiri

aimy sakit mata sebab kene gigit nyanuk dan mama pulak jangki kan aimy.(ditaip oleh Aisya)
Bukan kena gigit nyamuk sayang oiii...berjangkit dengan sapa-sapa la nih. Sampai mama pun kena, 2 blah mata terus! mc 2 hari..uhuk!!


Daisypath Anniversary tickers