Travel

Wednesday, August 19, 2009

Susu Ibu Dalam Botol

Susu Ibu dalam Botol


18 Aug 2009
Hari ni 1st time bagi Aimy susu dalam botol. Seperti yang Mama baca dalam pamphlet pasal susu ibu, nak practice supaya baby tak keliru puting. Start bagi dalam botol 2-3 minggu sebelum start bekerja. Lagi 2 minggu Mama nak start kerja, pagi dalam pukul 10 Mama bagi Aimy susu dalam botol dalam 4 oz, guna botol Avent. Mula2 Aimy nyonyot jugak, 4-5 kali nyonyot Aimy setat keluarkan balik..lepas tuh memang tak nak dah. Lepas melalak 10-15 minit, tak nak jugak..Mama bagi jugak la terus dari oppai. Iskk..payah-payah, ingatkan nak isap dalam botol. Macam Aisya ngan Amna rasanya x der masalah. Kena try puting lain kut.
Malamnya, Mama citer kat Papa pasal ni. Papa cari botol lain dalam stor. Nasib baik ada botol Pooh tuk baby new born. Try Papa plak yang bagikan susu. Sebab ikut petua, kalau ibu yg bagi botol baby tak nak sebab ada bau ibu. Masa Papa bagi botol, Mama duk jauh2. Kalau ikut petua kawan Mama (Untie Ujen) dia suh Mama keluar rumah. Ehhehe..Tapi malangnya, tak nak jugak. Lepas 10-15minit, Papa genkai, serahkan kat Mama si Aimy. Dapat jer oppai Mama, sedap jer Aimy isap sambil tutup mata. Aduhaiiii.....
23 Aug 2009
Hari ni pegi Pasaraya Grand Union, nak beli barang2 buat biskut. Sambil tuh beli puting kuning untuk Aimy. Beli jenis Japlo untuk new born – size S.
24 Aug 2009
Lebih kurang pukul 3 ptg, Aimy bangun tido, nangis nak susu. Mama dah standby susu ibu dalam botol Pooh dengan puting kuning. Mama minta Aisya yang bagikan ( Aisya ngan Amna tak pegi Taska sebab cuti sekolah ). Tak nak jugak, Aimy tolak2 Aisya kata..hmmm..Mama plak cuba. Mama pujuk2 jugak Aimy suh isap..tetengok Aimy isap!! Nasib baik, habis la 2 oz susu yg Mama kasik. Tapi tak cukup nampaknya, sambung ngan oppai Mama. Esok leh cuba lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget