Travel

Sunday, October 19, 2008

MRSM Balik Pulau ReUnion SPM 1994


MRSM BALIK PULAU REUNION SPM 1994
Restoran Melayu, Kuala Lumpur
18 Oktober 2008
2.00 hingga 4.00 petang

Sampai di Restoran Melayu lebih kurang pukul 3:30 petang. Disambut oleh Ichwan (organizer). Ichwan tanya nama dan kelas untuk dituliskan pada tag nama. Tag nama aku tertulis “ZALINA 5C”. Selain tag nama, diorg bagi form yang perlu diisi berkenaan diri dan sedikit survey tentang re-union. Kemudian diminta bergambar bersama keluarga dipintu masuk, kemudian sekali lagi bergambar di back drop.
Ruang tertutup yang disewa, dipenuhi lebih kurang 15-20 meja bulat. Mungkin ada dalam 150 orang atau lebih. Tak Nampak pun muka budak-budak Samudera, yang ramai ahli Purnama. Nampak classmate 5C!! Azma, Hani, Farah, Anep & Kent. Walaupun tak ramai, tapi cukup happy sebab dapat jumpa classmate. Disebabkan jadual hari ni penuh dengan jemputan open house, aku tak dapat berlama-lamaan kat sini. Aku tunggu sampai Farid datang, dalam pukul 4:30 ptg, aku minta diri. Sebelum keluar sempat berjumpa Hawa yang baru sampai.
SYABAS! Diucapkan kepada organizer reunion ni. Bagi aku, ianya amat berjaya. Diharapkan re-union akan datang lebih ramai lagi yang akan hadir.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget