Travel

Saturday, September 22, 2012

Potluck - Kiwi Panna Cotta

Wahhhh..bunyinya kemain lagi....apekebenda cotta cotta nih? ekekkek
Dari sumber pakcik google, Panna Cotta ni maknanya Cooked Cream. Dessert dari Italy.
Ini semua Untie Shequeen  punya pasal. Disebabkan kesedapan Kiwi Panna Cotta yang Untie Shequeen bagi pada Mama..Mama terus terjebak nak try jugak. Sebenarnya rasa dia lebih kurang agar-agar susu..takpun dadih susu...tapi sebab guna gelatin dan whipping cream...terus jadi Italiano..hehhe
 
Sempena majlis sambutan raya ngan kawan-kawan Mama di opis, Mama nak cuba la buat Kiwi Panna Cotta ni. Sebelum nih Mama try buat Manggo Panna Cotta...rasanya Manggo lagi sedap kut....
Mama tak ingat dah original resepi Mama amik kat mana, tapi cenggini la yang Mama buat.
 
Bahan-bahan:
1 cup (200ml) susu segar
1 cup (200ml) whipping cream
2 sudu besar gula
2 sudu kecil gelatin (dilarutkan dalam air panas)
1 sudu kecil essen vanilla
 
2 biji buah kiwi
1 sudu kecil gelatin (dicairkan dalam air panas)
1 sudu besar gula
 
Cara Memasak:
Buang kulit Kiwi, kisar1 biji kiwi  bersama gula dan sebiji lagi dipotong dadu. Masakkiwi yg dikisar  sekejap atas api dan masukkan gelatin yg sudah dicairkan. Setkan dalam bekas lutsinar. Mama guna bekas dadih. Masukkan dalam peti ais. Mama letak tempat beku.
 
Untuk bahagian susunya pula..campurkan semua bahan kecuali gelatin dan essen vanilla. Bila gula dah larut dan ada buble sikit, tutup api. Masukkan essen vanilla dan gelatin. Keluarkan kiwi dari peti ais dan masukkan campuran susu. Simpan semula dalam peti ais di bahagian bawah. Kalau atas nanti jadi ais batu pulak. Panna Cotta ni memakan masa nak beku..lebih kurang 4 jam. Jadi bersabar yer. Mama mula-mula takut tak jadi..setiap jam check peti ais...ekeke
Bila dah beku, boleh la letak kiwi yg dipotong dadu di atasnya.
Mama nak buat guna strawberry sebenarnya..tapi kat BB nih hampeh..strawberry pun takder! hehhe
 
 
Kiwi Panna Cotta

Kiri : Manggo Castard with Yogurt by Kak Ayu. Kanan : Gebukan nampak Tart Nenas tu...nyummmmm!!

Kiri : Meehun goreng Hijas. Kanan : Bolognese Spagethy by Su

Atas : Sambal Tumis Udang Terangkat dari Yattie. Bawah : Wedges & Fun Fries dari Abg Halim.

Atas : Ayam Rendang dari Abg Halim. Bawah : Daging Rendang dari Kak Hana.

4 comments:

  1. agak2 kalo aku mengidam panna cotta ni ada orang nak buatkan tak? akakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jer Izan.. Campur2 atas api.. Simpan lam peti ais..:)

      Delete
  2. antara kiwi ngan mango,strawberry lagik sedap kot?best tak wat comparison mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..memang nak kena try jugak buat strawberry nampak gayanya..huhuhu

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers