Travel

Saturday, September 08, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA DI OFIS MAMA

Setiap tahun ofis 'sebelah' akan buat open house sempena sambutan Aidilfitri. Seronok betul tengok decoration setiap floor. Semakin kreatif dan semakin menarik.

Paling Mama suka decoration ala2 rumah kampung. Ada jala, kawah, tempayan, hidangan kueh2 ala2 kampung. Memang cantik!!
Sakan Mama & kawan-kawan berposing.

Makanan jangan cakap la.. Tiap2 floor lain2 menunya. Kalau makan semua memang boleh pecah perut. Yang paling terkesan dan melekat diingatan Mama ni ubi rebus dan sambal tumbuk ikan bilis. Sedapnyaaaa... Tahun lepas pun ada jugak. Masih segar diingatan. Hehe

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menjemput dan menjamu. Semua makanan sedap-sedap belaka. Tahun depan jemput lagi yer :)

2 comments:

  1. nozie rosli1:08 AM

    Bole duduk mkn eh kat umh ala2 kg tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh duduk...memang bersungguh2 depa nih. Kagum!

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers