Hari Sabtu yang lepas, Mama jumpa kawan-kawan Mama kat Restoran Saba, Cyberjaya.
Mama memang suka bab jumpa kawan2 nih:). Tambahan pulak nak jumpa Laila yang dah lama tak jumpa. Last jumpa bila pun tak ingat, mungkin 10 tahun yang lepas kut. Perjumpaan yang dirancang oleh Zarina ini, bersempena kedatangan Laila ke KL atas tugasan rasmi. Sambil2 tu jumpa la kawan2 yang lama tak jumpa nih! Laila atau Doctor Laila..(bangganya ada kawan2 berprofession Doctor nih :)...) sekarang bertugas di Hospital USM Kota Bharu, Kelantan.
Laila masih macam dulu, ceria & kecoh! Cuma makin cun sebab dah takde 'pagar'.
Papa pun kenal Laila sebab masa kat Jepun Laila study kat Nagoya, Papa study kat Toyota. Dekat jer Nagoya & Toyota tu..kalau ada gathering student Malaysia selalu jumpa.
Papa panggil Laila, 'Gigi Besi'...:)
Senyuman Doc Laila yang dah tak der 'pagar'. :) |
Untie Izan, orang yang terakhir sampai..padahal dia paling dekat ngan Cyberjaya...hehhehe..ramai lagi geng Ojosama yang tak dapat datang...almaklum la hari Sabtu..masing2 ada aktiviti masing2.
Mak Buyong Izan & Dania yang pandai posing |
Mula2 rasa macam banyak jer nasi Kabsah Lamb yang Mama order nih...tengok2 habis!..tinggal seketul daging kambing. Nasinya memang dah sedap walaupun kering tak de kuah..makan macam tu jer pun sedap..jadi, makan lauk sikit jer sampai berlebih. Aisya punya chicken grill pun tak habis so, tapau bawak balik untuk makan malam ;)
Zarina order Salad Cucumber, Mama rasa sikit...mak oiii masamnyaaaa....memang tak kena dengan tekak..masam semata2....Cam mana la orang arab makan nasi ngan yogurt nih ek? Macam tak seswaii jer...huhuhu
Kabsah Lamb, Chicken Grill & Salad Cucumber |
Kalau Laila turun lagi KL, boleh jumpa lagi OK!
Semoga Laila & Zarina cepat2 dapat bertemu jodoh :)
Kawan-kawan Mama |
Sambil Mama bersembang, Amna duk amik gambar. Menjadi jugak gambar yang Amna amik :)
Ada bakat jadi photographer ker? huhuhuhu
Photo taken by Amna, cantik kan? |
Tiba masa untuk Zarina hantar Laila ke airport. So, sampai jumpa lagi..
Semoga berjumpa lagi |
Lepas tu memang tak de plan nak pegi mana-mana...tapi dah dekat dengan Alamanda, pegi la singgah Alamanda kejap. Singgah beli pampers & susu kat Carrefour...hehhehehe...ramai jugak orang kat Alamanda hari ni.
Tapi Mama tak larat nak jalan2 laa...(duit pun x der sebenornya..sebab habis kat USS ari tu...heheh), lepas beli barang terus balik. On d way balik, Mama tido sepanjang perjalanan..Sorry yer Papa, co-pilot tido..heheh
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)