Lamaaaaaaaaa rasanya tak jalan2 ke Cameron Highland.
Hari ni kali pertama lah Ali jalan-jalan Cameron Highland.
Mama kalau pegi Cameron Highland, ada 2 tempat jer yang wajib singgah. Lagipun perjalanan ni persinggahan jer..on the way dari Sungai Siput ke Bukit Beruntung. Kiranya lalu jalan jauh sikit. Masuk Simpang Pulai dan turun kat Tapah. Belum pernah lagi Mama & Papa bermalam di Cameron Highland, kecuali masa retreat VID. Tapi itu aktiviti opis Mama, tak leh la masuk dalam list bercuti..kan..kan..
Anyway, nak cerita pasal perhentian wajib yang pertama - Green View Garden - Strawberry Farm. Farm ni antara yang terawal akan dijumpai kalau naik ikut Simpang Pulai. Ada Farm lain, tapi Farm ni yang paling best. Kalau singgah sini, wajib makan dessert dia lah. Macam2 dessert yang diperbuat dari strawberry. Tapi kali ni Mama order jugak makanan sampingan lain. Kelaparan punya pasal. Niatnya nak makan steamboat, kedai2 makan banyak kat Tanah Rata. Jauh lagi nak sampai ke sana tu. Maka terkuburla niat nak makan steamboat, simpan untuk next trip plak. hehehe..
Selain dari cafe, ada jual jugak souviners, sayur dan bunga segar.
Amyras seronok berlari2 kat kebun sayur dan bunga. Papa, Mama & Ali lepak jer tepi kolam ikan koi. Makanannya tak la sedap sangat..biasa-biasa jer..harga pun mahal..huhuhuhu..Tapi suasananya yang best.
Next time sure singgah lagi..
Mini Strawberry Steamboat : Fish & Chips |
Tuna Sandwiches : Red Evil |
Mash Potato Mini Strawberry Steamboat |
Gambar 'Ali salah fokus plak.. |
Nyummm...nyummm...tertibnya 'Ali makan :) |
Yang lain Amyras makan, tinggalkan Mama makan cherry tomato..huhuhu |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)