Travel

Tuesday, August 19, 2014

Internet Millionaire lah sangat

Internet Millionaire?
Memang takkan lahhh....kan..
Tak tau macam mana boleh appear kat skrin kisah Internet Millionaire nih..kununnya ada sorang nama Encik Ahmad bin apatah dah lupa, dapat monthly income RM20K ++ dengan kerja mengadap laptop jer...wah!! terliur membaca nya.

Lepas klik klik klik dan klik, terus teregister sebab terumpan dengan RM13 only. Charge ke card credit. Tapi nasib baik baca, lepas 7 hari akan di billkan RM285 setiap bulan kalau continue access account Internet Millionaire ni. Kalau nak cancel kena email ke support@InternetMillionaire.com.
Lepas register terus dapat sms cinta - card credit anda telah dicaj USD4.95. OK tak perrr..RM13 jeeeee...apalah sangat dengan "million" tu kan...
Hari ke 3 lepas register dapat lagi sms cinta - card credit anda dicaj USD1.90. aik? ni caj apa plak nih??

Setat la membaca Internet Millionaire Training. Step 1 pun dah blur...hhahahhaha
Bila sekali lalu baca step-stepnya tu..rasa "alamak!" bila masa nak buat nih. Banyak kena buat nih. Nak paham 1 perenggan pun payah..udah lah bahasa omputeh..bahasa komputer ni, kalau guna bahasa melayu pun belum tentu paham lagi,
lagi nak set up itu ini. 7 hari memang tak cukup nak memaham kan step-stepnya.
Hati dah gundah gulana dah nih..tak pasai pasai RM308 lebur cam tu jer.
So, print je semua step yang diberi.
Katanya dapat website free. Bila klik kat website free tu, tak reti nak setting macam mana..errkkkk
Hari ni dah hari ke 5. lagi 2 hari nak kena charge RM285 nih.
So hari ni, lepas abis print semua step sampai "Level Expert". Dengan laju nya e-mail ke address kat atas nun, bagitau nak cancel. Tapi email bounce!! alamakkkkkkkkk. Jantung dah dup dap dup dap dah..
Pegi cari kat website - contact us. Ada address lain support@yourprofitgateway.com , OK email nih lepas. Tapi dapat reply - akan dibalas 1-3 business day. Alamakkk lagi. Kalau hari ke-3 baru nak balas. Dah tercaj RM285 tu...Oh tidakkkk!! Terus call nombor telefon yang tertera.
Ada awek cakap omputeh yang slang menyambut di hujung talian. Awak pun terikut slang bagitau nak cancel. Dia offer FREE sebulan. Oh tidakkk..jangan buat naya..kang dalam sebulan ko terlupa kang...tak pasal-pasal lebur RM285. So, No Thank You.

Alhamdulillah, lega bila dah cancel.
Training material? Dah simpan elok-elok. Ada masa free nak tengok pelan-pelan.
Internet Millionaire? Tak kuttttt...tak sesuai tu akak yang buta IT. Sekian.

3 comments:

  1. Camana nk cancel? Apa no dia?

    ReplyDelete
  2. Camana nk cancel? Apa no dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. email support@yourprofitgateway.com

      No phone sy tak catit tapi kalau masih boleh log in website http://yourprofitgateway.com, cari "Contact Us"

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget