Travel

Monday, May 19, 2014

Cuti Labor Day di Fraser Hill

 
1 May 2014, cuti Labor Day (Hari Buruh), sekolah pun cuti. Mama & Papa plan pegi Fraser Hill. Mama tak pernah sampai lagi walaupun dekat dengan Bukit Beruntung. (Orang la kata dekat).
 
Jalan nak naik ke Fraser Hill nih gerun jugak, sepanjang perjalanan naik, ramai yang berbasikal. Mama tengok pun penat....naik bukit guna basikal..idok lerrrrrr.
 
Sampai dalam pukul 12.00 tengahari, amik gambar, jalan-jalan sikit, lepak makan icecream.
Bangunan-bangunannya memang cantik, kepala yang pening sebab jalan yang bengkang bengkok sedikit hilang bila tengok pemandangan yang tenang ini.
 
Sebelum balik lunch dulu di Scoot House. Memang terasa makan dalam rumah, dengan decoration ala Inggeris dengan pendiang api tipu. Amyras & Ali pun buat macam rumah sendiri. Berlari sana, memanjat sini.....nak jerit 'rumah orang'. Huhuhu
 
Makan mee goreng, nasi goreng & fish n chips. Rasa dia boleh tahan sedap, tengah lapar la katakan.
Tengah makan hujan turun, nasib baik memang dah dalam bangunan. Kat Fraser Hill ni dah la kedai makan tak banyak, plak tu banyak yang tutup. Memang ramai la pelanggan menunggu kat Scoot House ni.
 
Masa nak balik, kejadian yang tak diingini berlaku. Mama jatuh kat tangga Scoot House. Licin sangat tangga tu kena air hujan. Dah la tengah dukung Ali. Nasib baik tak tergolek. Kaki kiri je terkepak kebelakang. Adoiii..memang sakit sangat. Tapi x de luka & patah. Alhamdulilah.
Lebam nya 2 minggu pun tak hilang lagi.
 
 
 
Selfie Family Picture (^ ^)V

cute kids
Ali & Aimy..belakang tu Scoot House

Amna takde mood nak bergambar la tu


Boarder Line antara Selangor & Pahang







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget