Travel

Sunday, May 18, 2014

Re-New Pendaftaran Perniagaan - AMBRYNAA ENTERPRISE

Alhamdulillah, akhirnya hari ni berjaya renew company, sepatutnya renew sebulan sebelum tarikh luput - bulan March. Tapi bulan May baru nak renew kena la denda RM30. 

Nak renew - print Borang A1 dari web SSM.  Ingatkan boleh renew online jer, tapi tak jumpa kat mana service untuk renew ni. Borangnya jumpa.
Call SSM Contact Centre : 03-7721 4000
Rupa-rupanya tak boleh renew online kena pegi kaunter. TAPI, boleh pegi mana-mana BSN. Fuhhhh!! Nasib baik! Kalau tak nak pegi office SSM tu ntah bila.

Katanya kalau pegi BSN minta borang kat kaunter. Sebab dah print dari website, so bawak je form A1 yang dah di isi ke Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tapi kat mana BSN kat Rawang?? Almaklum lah tak pernah pergi. Hehehe..
Nasib baik kawan-kawan membantu. Sampai la ke BSN Rawang di bangunan sebelah KPJ di depan Bus Station Rawang.

Amik nombor, tunggu lagi 40 orang. Tapau Ayamas dulu - sambung tunggu. Kat kaunter hulur borang A1 dan Mykad.
Sebab dah orverdue, kena kompaun RM30. Nak renew 2 tahun, bayar RM120. Jumlah keseluruhan RM153.50 termasuk service caj.

Sekian..







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget