Travel

Tuesday, December 17, 2013

Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson - Restoran D'Terapung

Biasanya kalau pegi PD, malam-malam makan kat hotel jer. Tapi kali ni Mama teringin sangat makan seafood. So, bila dah puas berendam dalam kolam, siap-siap keluar mencari makan. Nampak signboard Medan Ikan Bakar, tak jauh sangat dari Grand Lexis.
Bila sampai, wah! Menarik tempatnya. Ada beberapa restoran seafood dalam Medan Ikan Bakar. Mama pilih D'terapung, nampak macam best jer. Restoran atas laut, tapi sebab waktu malam. Tak nampak la lautnya. Huhuhu
Pintu masuk Medan Ikan bakar.

Medan Ikan Bakar PD
Papa tengah pilih ikan yang tak bermata merah.

Medan Ikan Bakar PD
Brother ni promote.. Sekor ikan boleh buat 2 masakan. Kepala masak asam pedas, badan nak sweet sour ke, nak bakar ke.. Apa-apa pun boleh.
Bila dah banyak sangat ikan, blank nak pilih ikan & masakan apa.

Medan Ikan Bakar PD
Ini harga ikan, ikut gram yer.

Medan Ikan Bakar PD, Jalan-Jalan Cari Makan
Ada plaq Jalan-Jalan Cari Makan.
Tak pernah tertengok plak episod pegi sini.

Medan Ikan Bakar PD
Ikan Siakap sweet sour.
Ikannya sedap, tapi tak rasa masak sweet sour pun.. Pedas!
Picture taken from Papa's new Note3 :)

Meda Ikan Bakar PD
Pepahat Cili Api & Kangkung Belacan
Pepahat kureeeng rasanya, rasa pepahat lama. Kangkung biasa-biasa aje.

Medan Ikan Bakar PD, sotong goreng tepung
Sotong Goreng Tepung.
Best! Winner for today.
Tepungnya rangup, sotongnya agak chewy tapi boleh la..

Medan Ikan Bakar PD, Hello Kitty McD
Mimi dengan Hello Kitty McD yang comel♡

Medan Ikan Bakar PD
Mimi sedih air longan kena pau dengan Ali.

Medan Ikan Bakar PD, D'Terapung

Medan Ikan Bakar PD
Posing- posing 

Medan Ikan Bakar PD

Restoran lain yang ada dalam Medan ikan bakar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget