Travel

Sunday, October 20, 2013

10th Anniversary ♡ Tokyo Disneyland ♡♡ part 3


Welcome to ToonTown! Amna dapat bergambar dengan Chipmunk betina ni. Apa namanya ntah.. Hehehe

ToonTown ni semua bangunannya herot herot macam dalam dunia kartun lah!

Kalau ada rezeki bleh jumpa karektor-karektor kartun. Sebenarnya ada jadual karektor-karektor ni keluar.

Aimy nampak karektor-karektor ni takut plak.

Bergambar di depan Roger Rabbit's Car Toon Ride. Tak masuk pun, tak larat nak beratur dah...bergambar sekeliling ToonTown ni pun dah melekakan.

Yang pakai baju Buzz Lighyear tu bukan karektor Disneyland, tapi pengunjung yang pakai costum. Sebab sekarang ni Halloween, pengunjung dibenarkan masuk pakai costum. Cute budak tu kan?

Amna kat tiang lampu pun nak ambil gambar. Huhuhu

Dalam ToonTown ni ada Minnie's House, Chip n Dale's Tree House dan banyak lagi lah! Amna & Papa beratur nak masuk Goofy's Paint n Play House. Mama dah tak daya dah.. Huhuhu

Makwan & cucu-cucu posing depan ToonTown CityHall.

Naik kereta depan  Goofy House plak.

Chip n Dale's Tree House. Memang comel sangat rumah nih! Aimy tengah ada mood nak bergambo.

Aisya nak masuk Donald's Boat.

Drama sebabak Aimy meragam baring-baring atas jalan. Datang dua orang staff Disneyland nak pujuk. Terus Aimy bangun. Ekekeke.....

P/s: Sikkiittt lagi.. Dah nak abis dah.. 











2 comments:

  1. Rindunya disneyland...klu Allah izinkan mmg teringin nk bwkanak2 pergi..
    Aimy merajuk kenapa tu

    ReplyDelete
  2. rindu jugakkk...

    biasa la..bila dah penat macam2 hal la budak2 nih..hehhehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget