Travel

Friday, October 18, 2013

10th Anniversary ♡ Tokyo Disneyland ♡♡ part 2

Lepas naik bus double decker & masuk Cinderella Castle, naik 'kuda' plak - Castle Carrousel.

Papa beratur nak bawa Ali naik 'kuda'.

Makwan layan Ali makan biskut bekalan Makwan. Jalan-jalan ngan Makwan memang best.. Mesti ada bekalan makanan.. Hehehe

Lepas naik 'kuda'. Naik 'cawan' pulak. (Alice's Tea Party).Papa pun join sekali .. Hehehehe

Lepas tu nak masuk 'It's A Small World' tutup plak... isk! Best kalau dapat masuk It's A Small World ni.. Naik sampan sambil mengelilingi 'dunia'. 

Next attraction is Pooh's Hunny Hunt. Masa menunggu 110 minit. Dekat 2 jam tu weh!! Demi anak-anak beratur jugak lah..Aimy mula-mula nak ikut. 15 minit beratur dah meragam.. Huhuhu.. Papa bawak Aimy keluar. Mama, Aisya & Amna je la yang meneruskan perjuangan.. Hehhehe

Sebab beratur lama, banyak la gambar kat depan Pooh's Hunny Hunt ni.

Luar Pooh's Hunny Hunt ni ada taman yang sangat cantik. Kolam kecik dengan dihiasi bunga berwarna-warni dan rumah-rumah burung yang sangat comel!

Bila dah masuk dalam, dinding-dindingnya adalah buku cerita Pooh. Macam masuk dalam buku cerita yang besar gitew.

Ok, sampai turn untuk naik ride. Ridenya bentuk bekas Honey yang besar yang boleh masuk 3-4 orang.

Bermula lah pengembaraan ke dunia Pooh. Pooh dan kawan-kawan sangat lah comel!! Berbaloi beratur 2 jam. 

Naik ridenya pun seronok, berpusing-pusing, mengundur, laju, perlahan etc. Penceritanya dalam bahasa Jepun, tapi tak paham pun tak per..tengok Pooh yang comel & bergerak-gerak tu pun dah kagum. Heheheh

Habis dah .. sempat lagi posing kat luar sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.

Jumpa di next entry!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget