Travel

Monday, September 16, 2013

Rendang Ayam Makwan

Anak-anak Mama suka rendang Makwan. Kalau Makwan buat rendang sure anak-anak Mama tukang perabih meratah. Dah lama dah amik resepi dari Makwan. Tapi hari ni baru berkesempatan nak cuba sempena public holiday Hari Malaysia.

Papa komen OK. Amna komen sama macam Makwan masak, esok Amna suruh buat lagi. Aisya kata lain sikit. :)

********************************

Resepi Rendang Makwan

1 ekor ayam ( goreng dulu)
3 kelapa (2 kali perah je)

Blend:
Cili padi 15 biji
Bawang kecik 15 biji
Bawang putih 7 ulas
Kunyit 1 inci
Serai (5 tangkai)

Halia 1 inci (ketuk aje)
Lengkuas 1 inci (ketuk aje)

Kulit kayu manis 1 batang
Bunga Lawang 1 kuntum
Ketumbar, jintan manis, jintan putih ( 3 serangkai - secubit - tumbuk)

2 sudu makan cili boh

Asam keping 2 keping
Daun Kunyit
Daun limau purut

Cara2:
1) Masak santan sampai terbit minyak.
2) ayam di goreng
3) Masukkan semua bahan2 blend+tumbuk dlm santan yg dah dimasak. Masak sampai pekat.
4) Masukkan asam keping, daun kunyit & limau purut. Garam secukup rasa.















No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers