Travel

Tuesday, May 21, 2013

Pertama kali menjala...

1st time nak buat roti jala. Acu nya bertahun dah beli. Kalau roti jala ni sifunya untie Izan lah. Dari kat Jepun lagi tengok untie Izan menjala. Hehehe

Mula-mula, pekat.. Jadi bertompok-tompok. Letak air sikit, cair la plak. Lama-lama OK la.. Ada la rupa jala.. Ekekke

Mula-mula lipat 4 jer, Amna tak nak. Amna suh gulung. Gulung pun gulung lah!
Tapi memang penat berdiri buat roti jala nih. Memakan masa plak tu. Tapi Alhamdulillah budak-budak suka walaupun tak seberapa.

Next time leh buat lagi. Thank untie Izan for the recepi.

* kat bungkusan acu ada resepi rupanya. Next time bleh try guna resepi itu plak.
******************
Roti Jala

| Resepi Roti Jala | Kategori : Masakan Sampingan |

Sumber : Cik Izan



Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandung
3 cawan air
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit ~ hujung sudu

Cara-cara
1. Masukkan 3 cawan air kedalam pengisar@blender. Kisarkan sebentar.
2. Pecahkan telur, masukkan garam, gula & sedikit serbuk kunyit sekadar
memberi warna. Kisarkan.
3. Cuba adunan dengan pengibar roti jala ke atas kuali. Jika menitik-nitik bermaksud
adunan pekat. Tambahkan sedikit air. Jika adunan kembang bermakna adunan cair.
Tambahkan sedikit tepung dan kisarkan semula.
4. Setelah berpuas hati dengan adunan, sapukan mintak ke atas kuali leper.
Kirai adunan menggunakan acuan roti jala. Bila kelihatan sudah masak dan roti jala
sedikit terangkat terus lipatkan dengan menjadi 1/4 menggunakan sudip dan angkat.
5. Hidangkan bersama kuah kari. Selamat mencuba..!














3 comments:

  1. Akak... Beli acuan jenis baru... Mcm botol sos kat kedai makan...tp muncung dpn 3.. Senang je..picit botol. Xda tumpah time transfer adunan dlm acuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. OoO..ada acu yang lagi senang ek..kena carik nih.
      anak2 akak memang suka roti jalan. TQ Yati :)

      Delete
  2. Akak... Beli acuan jenis baru... Mcm botol sos kat kedai makan...tp muncung dpn 3.. Senang je..picit botol. Xda tumpah time transfer adunan dlm acuan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget