Apabila kandungan masuk bulan kedua, jantung ibu akan mengalami denyutan yang lebih cepat daripada normal. Ini kerana organ jantung ibu terpaksa mengepam lebih banyak darah yang mana dapat dilihat nadi di leher berdenyut dengan kuat seperti selepas berlari atau berjalan dengan pantas. Semasa ini juga otak dan kemaluan janin akan mulai terbentuk.
Pada bulan kedua ini juga payudara mulai mengembang dan terasa sensitif apabila disentuh. Perut terasa kembung dan berangin. Kadangkala ibu juga akan terasa pening yabg boleh membawa kepada masalah pitam. Sebagai petua Melayu lama, ibu yang bermasalah sedemikian dinasihatkan meminum secara berulang kali air didih nasi yang pekat, digaulkan dengan sedikit garam dan diminum suam-suam panas. Insya-Allah petua tersebut dapat membantu mengurangkan rasa loya yang mungkin boleh memudaratkan. Mengikut fahaman tradisi, ibu yang mudah loya dan muntah menunjukkan yang perutnya sedia ada menyimpan asid yang berlebihan, yang disebut sebagai angin medu(gumpalan angin lendir yang berasid). Sekiranya didapati loya atau muntah-muntah semakin kuat atau keterlaluan, dinasihatkan ibu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor perubatan kerana dikhuatiri akan mengganggu bukan sahaja kesihatan ibu, malahan kandungannya juga.
Apabila kandungan memasuki penghujung bulan kedua, ibu hamil sudah mulai mengalami masalah kekerapan membuang air kecil dan kesukaran membuang air besar. Pada saat ini sistem urat saraf pada janin mula menjalankan fungsinya untuk membantu jantung mengepam darah. Pembentukan jari kaki dan tangan lebih lebih sempurna. Ukuran panjang janin ialah 2.5cm(1 inci) dengam berat sekitar 3 gram. Pada minggu ketujuh, pergerakan janin sudah mulai boleh dikenal pasti. Pada tahap ini, ibu amat disyorkan untuk melebihkan pengambilan makanan jenis berdaging atau rangkaian kekacang, seperti soya dan sayuran yang kaya protein seperti brokoli.
Sumber: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU
Nota Mama:
Memang sekarang ni mama rasa cepat penat. Kalau naik tangga umah yang 2 tingkat ni, sampai depan pintu memang semput!
Perut memang selalu sakit berangin, pantang lambat makan. Hari2 mama minum air halia. Kalau dapat sendawa & kentut...perrrghhh nikmat rasanya:)
sonoknyer nk dpt baby kanns.. ehehe
ReplyDeleteZalie.. sebijik cam apa yg aku rasa trimester pertama.. now dah ok skett.. dah leh puasa huhu
ReplyDelete