Travel

Wednesday, January 25, 2012

Saat Kelahiran Ambry Junior

Sempat lagi Mama posing sambil senyum tu.. Hehehe

21 Jan 2012 : Bermula pukul 8 pagi, Mama rasa contractions 20-15 minit sekali.. Eh.. Dah nak keluar ke ni? Due date 26hb Jan. Kalau ikutkan hati memang minta keluar cepat.. Sbb tak larat nak bawak perut dah.

Mama sms Papa yang keluar pegi basuh kereta. Sementara tu Mama mandi kan 'kerah' Aisya Amna Aimy mandi dan kemas baju. Nak hantar pegi umah mak wan.

Lepas Mama abis mandi, Papa balik dengan kelam kabutnya.. Dah agak dah, Papa sure gabra.. Huhuhu.. Papa kata basuh keta tak sempat nak lap & vacuum pun. Huhuhu.

Sementara berkemas dan menunggu yang lain abis mandi, Mama buang air dan ada stain darah kat panty. Sah! tanda2 nak bersalin la tu.

Bila dah siap, kompius nak hantar bdak2 balik Klang dulu ke.. Nak gi Hospital Selayang terus? Mama rasa lambat lagi, sebab baru 20-15 minit contractions. Tanya kawan Mama- Untie Izan yang baru je bersalin. Untie Izan pun start turun darah pagi, lepas tu malam baru bersalin. So, Mama target malam kuuuttt.

Kali ni 1st time rasa sakit sebelum due date. Sebelum ni ketiga-tiga puteri Mama overdue dan semua sakit kat hospital. Itu yang tak berapa nak pasti tu, berapa lama bakal bersalin bila dah start sakit.

Ucu yang balik ke rumah ayah mertua di Selayang bagitau jalan jem. Almaklum la, mulai hari ni cuti Chinese New Year. Sure ramai nak balik kampung tu. Apa-apa hal pun, kena makan dulu.. lapo nih. On the way ke Rawang, singgah Perodua.. Papa ambik duit. Kang nak bayar deposit kat hospital. Lepas tu sarapan kat Old Town Coffee. Biasanya suka pegi Papa Rich kat Rawang ni, tapi last time pegi.. Dengan cawan kotor dan pinggan sumbingnya.. Dah tak selera nak pegi Papa Rich Rawang dah.

Kat OTC Mama order nasi lemak, kononnya nak makan berat la.. Takut kang tak sempat nak lunch. Makan 2-3 suap memang rasa sedapnya nasi lemak OTC ni, tapi lepas tu dah tak larat nak telan dah.. Bercampur baur dengan rasa sakit dan gabra kut.. Hehehe..

Sebab Ucu kata jalan nak gi Kelang jem jadi decide pegi Hospital dulu. Kalau warded, Ucu akan ambik bdak2 kat Hospital.

Sampai kat Hospital Selayang, Mama terus pegi wad bersalin. Mula2 register kat kaunter bawah dulu. Bagi buku check-up dengan kad pengenalan. Datang dengan siapa? Suami. Datang sebab apa? Turun tanda dan sakit. Selesai nurse catit apa yg patut kat buku log, buku check up dan kad pengenalan dipulangkan semula. Lepas tu Mama terus ke tingkat 5 dewan bersalin.

Sekali lagi bagi buku merah dan kad pengenalan. Soalan yang sama, sebab apa datang? Dengan siapa? Lepas tu tunggu sekejap, nurse masukkan rekod. Bila dah direkodkan, Mama kena salin kain batik yang Mama dah memang dah siap bawak. Lepas tu, tunggu kejap dalam bilik check-up. Masa ni contractions Mama 15-10 minit sekali. Dalam bilik check-up ni, ada 4 katil, sekarang 2 kosong, 2 sedang diperiksa. Bila nurse suruh baring baru Mama baring. Perut dililit dengan alat untuk dengar jantung baby dan kesan contractions. Sorang Doktor perempuan datang tanya history bersalin. Nama, kenapa datang, ada masalah tak masa mengandung, last period, jenis darah, anak keberapa etc sambil doctor menulis dalam kertas A4. Kemudian datang sorang doktor lelaki, sambil doktor perempuan bagitau apa history Mama tadi dia check perut Mama. Ntah apa yang disebutnya, bahasa2 kedoktoran ni. Yang Mama paham, estimate berat baby 3.0 ~ 3.2 kg. Dalam hati Mama, ye ke doktor? Boleh caya ke? Last baby saya 3.78kg tau.. Takkan makin kecik kut.. Tapi Mama kata dalam hati jer la. Heheeh.. Lepas tu doktor check bawah untuk tengok bukaan. Bagus doktor ni, tak selak kain. Dia tak tengok pun. Katanya bukaan dalam 2-3 cm. Dia tanya, rumah jauh tak? Mama kata dalam 30 minit. Ye ke? Mama pakai hentam je tu.. Kekeke.. Doktor kata boleh balik dulu. Kalau sakit makin kerap baru datang lagi.

Lepas tu, balik Klang hantar Aisya, Amna & Aimy. Contractions maintain 10 minit sekali. Ingatkan malam makin kuat ke.. Tak pun, sama jer... Letih & penat menahan sakit. Rasa lambatnyaaaa....

22 Jan 2012 : Sebab tido pun tak lena, almaklum la contractions 10 minit sekali. Pukul 6 Mama dah bangun mandi dan ajak Papa pegi Hospital Selayang. Sampai Selayang, ajak Papa sarapan dulu. Cari kedai makan kat area Selayang Mall. Kedai semua tutup lagi, ada satu kedai macam kedai mamak. Konon nak makan kat situ, bukak jer pintu keta, dengar lagu tamil dan bau asap sembahyang. Langsung terus tutup pintu keta. Heheh..

Pusing2 kat area Selayang Mall tak nampak pun kedai makan. Mama ajak makan kat cafe Hospital je la.

Kat Cafe Hospital, Mama makan kueh dengan milo panas. Milo dia manis gila!! Sambil2 sarapan dan menahan sakit contractions, surf internet pasal contractions. Kalau sakit bawah 5 minit dan sakit tu berlangsung selama 45-60 saat baru sesuai pegi Hospital. Cari pasal bila contractions apa nak buat, nak teran ke.. Nak tahan je ke sakit tu.. Tapi tak jumpa la plak. Sampai pukul 9 pagi, sakit maintain 10 minit selama 20-25 saat. Mama siap guna apps Stopwatch untuk monitor contractions. Dah abis makan, lepak lam keta plak. Dah boring duk lam keta, ajak Papa pegi tempat lain. Ajak Papa pegi Jusco Anggun. Jem katanya.. So, pegi Tesco Rawang je le. Mama sempat beli nursing bra. Papa beli charger handphone tuk kereta. Lepas tu dah pukul 12 tghari, makan dulu kat Pak Hailam Kopitiam. Mama order minuman kegemaran Mama kat sini Air Barley Pumpkin panas dan spagethy bolognese. Spagethynya biasa2 jer.

Lepas makan, balik rumah. Mama rehat kat rumah je sambil Papa lipat baju dan kemas rumah :). 2 kali Mama mandi, sebab rasa berpeluh2 jer badan. Maybe menahan sakit setiap 10 minit tu jadi badan berpeluh dan tak selesa.

Pukul 6 ptg, contractions mula kerap 5-7 minit selama 30-45 saat tapi tak konsisten. Mama decide lepas maghrib pegi balik Hospital. Masa ni kalau sakit, Mama tahan sakit sambil teran dengan harapan cepat bukak. Sepanjang jalan ke hospital setiap kali contractions memang kuat sakitnya.

Sampai hospital dalam pukul 8.00 malam, ulang balik benda yang sama. Register kat 2 tempat. Lepas salin kain, tunggu katil kosong. Lama jugak rasanya nak menunggu katil kosong. Tengah sakit la kata kan.. Sekejap pun rasa lama. Dari duduk, Mama jalan mundar mandir. Bila katil dah kosong Mama baring dan nurse lilit alat kesan contractions dan dengar jantung baby. Bila contractions datang, degup jantung baby tak dengar. Nurse datang tengok graph dan terus panggil doktor. Nurse kata apantah Nombor 1.

Sorang Doktor perempuan melayu berspek datang, tanya soalan2 macam tadi. Kemudian dia check bawah, kali nih abis diselaknya kain Mama. Doktor kata dah 7-8 cm dah. Dia minta nurse booking labor room. Bila doktor cakap macam tu, terus rasa nak meneran. Doktor berspek tu report plak condition Mama kat doktor lelaki senior. Ada sorang lagi doktor perempuan cakap, bagus puan ni, sakit pun muka cool jer.. COOL dia kata?? Hadooiii...Sementara doktor berspek duk report history Mama, air ketuban pecah. Lagi la rasa nak meneran. Doktor lelaki nak jugak check bawah. Masa ni memang Mama cakap sakitttt sakitttt.. Nak teraannn.. Nak teraaannnn.. Masa tu ada 3 doktor & 2 nurse keliling Mama. Doktor cakap sabarrr.. Tahann jangan teran lagi. Diorang tahan kaki Mama jgn bagi angkat. Lepas tu kelam kabut diorg tolak katil Mama masuk labor room. Masa keluar dari bilik check tu, Mama nampak Papa dengan cool nya jalan ke kaunter ambik Pass untuk masuk labor room.

Dalam labor room, Mama dah cakap nak terannn nak terannn je.. Doc berspek kata nak bagi bersalin kat katil ni jer. Tapi bila nurse tgk Mama diam tak heboh nak teran, dia kata cepat2 pindah katil. Bila pindah katil tu, Mama standby nak angkat kaki dah.. Belummm... Belummmm.. Doctor yang nak sambut belum ready lagi.. Bila dah kata boleh angkat kaki jer.. Belum sempat pegang dua2 belah kaki dan kangkang pun tak berapa kangkang.. Cussss!!! baby keluar.. Dah tak rasa kepala dulu lepas tu bahu dah.. Sekali keluar jer.. Masa ni Mama nampak Papa baru masuk labor room dengan muka coolnya. Bila Papa dekat ngan Mama, Mama tanya boy? Papa jenguk sikit pas tu angguk sambil senyum. Lepas tali pusat baby dipotong, baru doktor angkat baby dan tanya jantina apa puan? Boy... :).

Sementara nurse bersihkan baby, nurse suruh tukar baju dengan baju putih. Dengan pertolongan Papa, Mama tukar baju. Sambil tu, doktor keluarkan uri. Masa ni rasa sakit nak meneran lagi, tapi doktor kata jangan teran. Seingat Mama, sebelum2 ni masa nak keluarkan uri, nurse akan tekan-tekan perut Mama. Tapi doktor ni tekan jugak kut tapi tak rasa. Sebelum2 ni yang sambut baby semuanya nurse, kali ni doktor plak yang sambut. Lepas uri keluar biasanya nurse tunjuk, ini uri puan. Kali ni tak tunjuk pun.

Bila baby dah dibersihkan, baby di letakkan atas dada Mama. Mula2 yang Mama tengok, kening dan mulut. Hehehe.. Kening & mulut Papa :)
Masa ni Papa dah kena keluar sebab doktor nak jahit. Katanya koyak sikit jer.. Tapi dia tak tau jahit cam mana. Cesss!! Nurse yang otai ni tunjuk skill dia, kalau saya jahit dari bawah macam ni. Sakitnyaaaa... Diorg ni tak letak bius ke?? Sambil nurse tu jahit, dia tanya doktor tu.. Ada letak apantah namanya.. tapi makna dia bius la. Patutlah duk sakit2 tak letak bius rupanya. Baru la doktor tu cucuk bius. Hadooiiiii... Bila letak bius tu still sakit jugak, tapi kurang sikit kut. Lamanya rasanya kena jahit.. Kata sikit, tapi lama betul!! Terketar2 dah kaki nih.
Bila dah siap, doktor pakaikan pad. Nih pakaikan ke.. Letakkan jer.. Longgar bebenor ikatnya. Bila dah siap, baby pun dah dibersihkan(mandi?) Papa masuk balik dan azan kan baby. Masa ni la Mama sempat posing sambil senyum. Huhuhuhu

Lepas tu, nurse otai masuk dan membebel2 sebab bersepah2 katanya. Ni doktor ni lelaki ke perempuan? Membebel dia kat sorang doktor lelaki yang masuk ambik barang. Pakai pad tak? Dia tanya, sbb ada kes sebelum ni doktor tu tak pakaikan pad. Adoi la... Macam2.

Tak lama lepas tu, doktor tadi masuk balik. Nak check jahitan. Tukar pad, Mama minta ikat atas & kuat sikit. Lepas tu tunggu lama jugak untuk nurse datang untuk masuk wad. Datang 4 org nurse, sorang bawak air. Yeaayyy!! Itu yang Mama tunggu.. Rasa keringnya tekak. Sorang bawak wheel chair dan 2 lagi tolong tukar bedung baby. Kompius dia dengan wrap moden cam mana nak pakaikan. Seb baik sorang tu pandai, senyum je Mama tgk diorg. Lepas abis minum, tukar baju kaler pink plak untuk masuk wad. Terketar2 Mama nak pindah duduk ke wheelchair. Nurse tolak Mama ke wad 5C, tapi terus jer pegi ke katil kelas 3. Eh? Papa tak bayar deposit ke? Papa kata nurse tak cakap apa2, so Papa tak bayar apa2 la..hmmmm.. Nurse tanya ada GL ke, GL takde, tapi nak bayar deposit. Papa tanya nak tukar kelas 2 jugak ke? Nak laaaaa... isk! Lagi mau tanya..Nurse suruh Papa pegi bayar kat kaunter Emergency Room. Sementara tu Nurse suruh Mama rehat dulu kat katil. Mama pegi buang air dan tukar pad. Longgar sangat pad yang doktor pakaikan ni. Bila tgk toilet kelas 3, sedihnya rasa... Boleh Papa tanya nak tukar jugak ke..........
Masa tgh salin pad dengan susah payahnya, nurse bagitau nanti pindah katil no. 6. Alhamdulillah, dapat katil kelas 2.

Tengok jam dah pukul 12.30 malam. Uikss.. Lama jugak dari labor room nak ke wad. Mama bagitau Papa, Mama lapar.. Yer la.. Last makan tghari tadi. Termos pun Papa tak bawa naik atas. Nak beli roti kedai dah tutup. Kalau nak beli makanan kena beli kat luar. Tak pe la, Mama bertahan dengan mineral water je la sampai esok pagi :(...

8 comments:

  1. Zalie..!! genki danee..! panjang lebar citer nih! tergelak2 aku baca kes nko kelam kabut di sorong masuk wad bersalin.. senang bersalin yek alhamdulillahh... berbaloi contraction lelama. Danish yg kat sebelah ni pun sibuk tanya nape mama gelak2 kekekekek.

    tu lah nko bersalin ad hoc, Doc pun tak sempat nak bius utk jahitt.. terlupa kott.. aku sempat cakap awal2.. jangan lupa bius yekk ekekekek.

    sama laa.. bersalin malam.. seb baik ada bawak kurma.. aku pun makan kurma & air mineral je sepanjang malam uhuhuh

    ReplyDelete
  2. Izan.. Tu la.. Kelam kabut, sampai doctor pun kelam kelibut.. Kekeke
    Seb baik la ada nurse otai tu.

    Seb baik la ada kurma, aku dah cakap kat pakcik nak bawak roti, dia kata nanti beli kat koperasi hospital. Bila dah kelam kabut macam tu semuanya terlupa.. Kekeke

    ReplyDelete
  3. Bestnya experience bersalin normal... Kita yg 3-3 ceasarian ni harap kan dpt rasa contraction je waktu nak deliver hana... Takpela.. Yg penting anak2 selamat and sihat... Tahniah sekali lagi...

    ReplyDelete
  4. Zalie, yg doktor bengap tu macam houseman je.. Hehehe. Yang nombor 1 tu, type 1 deceleration... Anyway, kau nyer description memang spot on lah... Sebijik macam aku pernah lalui sebelum2 ni! Hihihi... Anyway, tahniah and berseronoklah ngan baby boy yg ditunggu2 tu...

    ReplyDelete
  5. Huh... duit byk... bersalin private je lah. Jenuh. Suruh suami bayor. Hadiah dari suami agar isteri xsakit sgt bersalin.

    ReplyDelete
  6. Tahniah and happy berbaby boy !! ;) from yan & dayah

    ReplyDelete
  7. hehhee..alhamdullillah...kiter pon suke juge :)

    ReplyDelete
  8. best ar akak.. senang jer kuarkan baby.. saya 2baby.. hopt ipoh &hopt sg siput.. jahit x bius pon..sakit tahan jer.huhu.. tahniah yer kak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget