Travel

Thursday, January 20, 2011

Jom Masak Bersama Mama 3 : Zaru Soba

Zaru Soba makanan kegemaran anak2 mama..nama lain Zaru Soba ni adalah 'Mee Jepun'. heheh

Budak2 memang suka..kalau tak caya boleh cuba :) Bahan2nya

( untuk makan 2 dewasa 2 kanak2)

Untuk kuah:

10 ekor ikan bilis

soy sauce ( Kikkoman premium)

2 sudu besar gula pasir

1 peket Konbu dashi


Mee & Aksesori:

200g Soba

Nori (digunting halus2)

Halia (disagat)

Daun bawang

Wasabi

Ini soy sauce yang mama guna.


Rebus ikan bilis dengan 4 mangkuk kecil air.


Masukkan 1 peket Konbu dashi.

(kalau tak masukkan pun tak per..tapi Mama lagi suka ada rasa konbu ni)


Panas kan sampai menggelegak & masukkan soy sauce. Mama masukkan 4 senduk comel tu.

Kemudian 1 senduk comel gula pasir=2 sudu besar.

Boleh la rasa, nak rasa lagi pekat boleh tambah soy sauce lagi.

Kalau dah OK, boleh tutup api dan biarkan sejuk.

Untuk rebus Sobanya, panaskan air dalam periuk sampai menggelegak. Bila dah menggelegak, masukkan soba. Tak perlu masuk garam yer.


Biarkan sampai soba lembut. Kena kacau kan sikit supaya soba lembut sama rata.


Bila dah lembut, rendam dengan air paip yang mengalir. Rendam sampai sejuk.



Sementara itu, sagat/parut halia. sikit jer :)


Ini dia aksesori Zaru Soba. Daun bawang, Wasabi & Halia sagat/parut.


Soba yang dah sejuk tadi, letak atas pinggan dan taburkan Nori yang dah digunting halus di atasnya. (Pinggan special ni mama beli kat Daiso-One Utama)


Letakkan kuah dalam mangkuk. Masukkan aksesori dalam kuah. Bila nak makan, celup2 soba dala kuah dah makan. Sluuurrrpppp!!!!



Ini hidangan untuk Aisya & Amna. Tak tau pakai ohashi (chopstik) lagi :)



Aimy asyik cakap Naaakkkk!!! Nakkkk!!!



Amna yang panggil Zaru Soba ni 'Mee Jepun'.

Bersungguh kakak Aisya makan.


Mama punya dah habis, pau kakak Aisya punya pulak.

4 comments:

  1. terBAEKKKKKKK zaliee.......!! harus ku cubaa..!!!

    ReplyDelete
  2. gambo nye yg terbaik ke...resepi nye yg terbaik, izan? hehehhe...lawa gambo. guna kamera mahal la kan? syoknye...nengok pun jadi berselera.

    ReplyDelete
  3. Izan ~ arigatou! Mesti cuba:)

    ReplyDelete
  4. Ume ~ tq to you sbb the idea nak buat Zaru Soba nih dtgnya dari resepi cik Noora la:)...gambo belum mantap lagi, tp setakat ini itu yg terbaik..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers