Travel

Tuesday, April 16, 2013

Dugaan hari pertama

Hari ini hari pertama ber'PJJ'.
Pagi bangun lambat- tapi OK sebab boss Mama takde, tak de la kena sampai sebelum 7.10 minit. Walaupun lambat tak la kelam kabut. Aimy mood nak dukung, terpaksa la Kakak Aisya yang dukung 'Ali.
Mula-mula hantar Aisya ke sekolah kebangsaan. On the way ke Taska baru perasan baju sekolah petang tak bawak!! Singgah rumah dulu amik baju. Terus hantar Amna ke sekolah agama. Kemudian baru hantar Aimy & 'Ali ke Taska.

Hari ni first ride 'Ali dengan baby car seat baru. Sekali-sekala meraung jugak nak bangun. Tapi overall OK.

Petang, amik dari Taska. Aisya demam teruk. Terus bawak pegi klinik Aniza. 'Ali tertido atas baby car seat. Ini perkembangan yang bagus!! Tapi bila diangkat sebab nak masuk jumpa doctor terus Ali terjaga.
Tunggu giliran tak lama. Lepas jumpa doctor Lydia ( setiap kali pegi klinik Aniza mesti jumpa doktor baru) amik ubat. Aisya dapat ubat orang dewasa. Pil antibiotiknya besar gila!

Selesai amik ubat. Makan kat Aniza cafe. OK la takde pinggan atau cawan yang pecah. Huhuhu.. Tapi bdak-bdak ni buat cafe tu macam rumah sendiri lah!

On the way balik, 'Ali mengamuk tak nak duk dalam babycar seat dan sepanjang perjalanan balik dengar raungan 'Ali. Kalau dah macam tu rupanya, nak minum susu la tu.

Alhamdulillah.. Hari ini berakhir dengan selamat. Semoga demam Aisya tak berpanjangan. Aminnnn..

4 comments:

  1. Hijrah itu pengorbanan... gud luck SuperMAK! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijrah itu pengorbanan..pengorbanan! Oleh itu mari semua.. Kita sambut maal hijrah~
      Lupa dah lirik lepas tu.. Hehehhe

      Delete
  2. nasib baik ada kakak - kakak yg boleh di harapkan.
    chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak-kakak memang dah boleh diharap. Alhamdulillah

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget