Travel

Monday, April 01, 2013

AMBRYNAA ENTERPRISE ~ step to ....

Alhamdulillah.. Mama dah berjaya mendaftar perniagaan - AMBRYNAA ENTERPRISE - buat masa ni Mama khusus kan untuk menjual shawl & mengambil tempahan manik secara online.

Daftar perniagaan ni senang jer. Semua online. Tapi ada step-step yang agak leceh jugak lah. Mula-mula kena daftar nama di myportal : http://www.malaysia.gov.my/EN/myPortal/Pages/myPortal.aspx
Kat sini bukan daftar perniagaan, tapi daftar individu dalam government webpage.
Selepas itu akan dapat email dari admin@portal.gov.my. Disertakan dengan ID Pengguna & kata laluan. Dia suruh tukar password serta merta. Tapi bila masuk dan nak tukar pasword asyik tak boleh jer. So, pakailah password yang susah nak ingat tu.

Lepas dah dapat password, baru boleh daftar perniagaan. Mula-mula kena daftar "SSM Subscriber" kena bayar RM5.00. Bayar online, nak transfer dari bank boleh, kad kredit pun boleh. RM5.00 takkan nak guna kad kredit kuuuttt kan? Hehehe
Lepas dah boleh terus memohon untuk nama syarikat. Bila permohonan nama syarikat diluluskan baru boleh daftar. Permohonan nama syarikat tak dapat terus, kena tunggu sehari dua juga dan takde email pemberitahuan. Kena check sendiri dalam MyPortal. Mama pasti, nama AMBRYNAA ENTERPRISE mesti boleh lulus punya.

Bila nama syarikat dah lulus, daftar syarikat pulak. Daftar syarikat kena bayar RM60 untuk setahun. Kalau nak lebih setahun pun boleh. Tambah jer duit :).
Daftar syarikat pun tak dapat terus, kena tunggu 2-3 hari jugak. Kalau dah lulus, officer SSM akan email, attached sekali dengan "Perakuan Pendaftaran Perniagaan" seperti gambar di bawah.

Dari mula mama daftar myportal sampai dapat perakuan tu memakan masa 5 hari.
Selesai daftar perniagaan... Next step apa pulak?

8 comments:

  1. next step...jual habis habisan

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:04 PM

    Xpayah pegi kat kl central la kakina eh??online je dh boleh register eh...

    ReplyDelete
  3. mama mo shigoto yameru?
    pekan ni issyou de hikkoushi suruno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hait, sono suru tsumori desuuuu

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers