Travel

Saturday, April 09, 2011

Bosses Jepun & iPhone4

Baru-baru ni company mama (company tempat mama bekerja la..bukan company mama yang punya..hehehe) menerima beberapa boss jepun baru. Mama sebagai pekerja yang bertanggungjawab membawa mereka register handphone line, macam biasa registerkan di Maxis.

Kenapa Maxis? Sebab di Rawang ada authorised dealer, senang nak berurusan dan boss jepun lain sebelum ni semua guna Maxis. Tapi, Maxis Service Centre takde.. Harap-harap Maxis Service Centre pun akan ada kat Rawang. Lagi la senang nak berurusan. Tak payah nak pegi Selayang @ KLCC.

Bosses Jepun kali ni, ramai yang berminat guna iPhone4. Awal-awal lagi dah order iPhone4, sebab tau susah nak ada stok kat Rawang ni. Bila tengok diorang duk guna iPhone4 ni, mama teringin plak nak upgrade :p. Tapi iPhone3Gs ni Mama nak campak mana? Huhuhu.. Hutang kad kredit pun baru habis.. Hahahah..Mula-mula tanya Papa, OK tak kalau bagi Aisya guna.. Papa menentang keras..Jadi mama decide guna jer la iPhone3Gs ni.

Nasib baik Mama memang pakai iPhone, bila diorang tanya macam-macam boleh la Mama tunjukkan dengan confidentnya. Lepas tu dapat gelaran 'iPhone Girl' sabor jer laa...

Mama juga ada pergi Celcom Cube yang baru dibuka untuk register Broadband, tapi nak minta borang lebih pun tak dibaginya.. Kedekut betul!! Kita nak senangkan urusan. Isi borang awal-awal, bila datang Celcom boleh terus process tak payah terhegeh-hegeh nak isi borang. Tempat lain senang jer dapat borang lebih. Kat Celcom Cube Rawang tak boleh?? Ikut undang-undang lah.. Ape kejadah undang2 nya?? Lepas tu blacklist terus Celcom Cube Rawang.

Pergi Celcom broadband kat Petronas lagi senang berurusan. Adik yang jaga kat situ pun ramah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget