sebab 'casuality'nya lebih kurang...konsepnya pun sama. Mengikut kata Dila & Shawal (bdak2 nakal kat opis), UNIQLO ni bebetul depan pintu masuk Pavillion yang ada fountain. Maka, parking kat Pavillion dan cari makan dulu. Aisya request makan KFC. Layan ajer laaa...(ikut tekak mama nak makan sushi..huhuhu)
Sempena Krismas yang bakal tiba hujung bulan nanti, Pavillion tak ketinggalan menghias seluruh Pavillion dengan Krismas Deco. Memang cantik dan terasa ke'krismas'annya. Ada patung kenderaan Santa Claus. Boleh naik amik gambar kat kenderaan tu..tapi kena beratur panjang. Aisya merengek-rengek nak naik...saborr jer la...
Ini decoration betul2 depan pintu masuk. Aisya dan Amna dah berangan ala-ala Princess. Duk berlari pusing2 kat situ..siap menari-nari. Perasan jadi Princess la tuh!
Ini fountain depan Pavilion. Dari fountain ni dah nampak butik UNIQLO. Sempat posing ambik gambar. Bukan selalu dapat datang Pavilion ni bawa anak-anak :)..parking kena rm15 plak tuh..Papa kata, x payah dah pegi Pavilion..hehhehe
Ini dia pintu masuk UNIQLO. Pemandangan agak cacat disebabkan construction kat tepi tu..isk!! Masuk-masuk, tangga..x der laluan untuk stroller! alamak...x mesra baby langsung. Papa dengan gagahnya angkat stroller ke atas. Sambil mama pusing-pusing tengok kedai.
Ini dia pintu masuk UNIQLO. Pemandangan agak cacat disebabkan construction kat tepi tu..isk!! Masuk-masuk, tangga..x der laluan untuk stroller! alamak...x mesra baby langsung. Papa dengan gagahnya angkat stroller ke atas. Sambil mama pusing-pusing tengok kedai.
Mula-mula tengok memang rasa kecewa..INI JER?..ingatkan 1 tingkat jer..rupa2nya ada 3 tingkat. Ground Floor pakaian wanita dan lelaki. Tingkat 2 pakaian wanita dan tingkat 3 pakaian lelaki. Malangnya pakaian kanak-kanak TIADA....keciwaaaa..
Dan konsepnya sama dengan Japan. Ikut musim. Sekarang musim sejuk, jadi baju-bajunya memang sesuai untuk musim sejuklah! Tapi ada jugak yang sesuai dipakai dalam cuaca panas Malaysia ni. Mama terbeli satu, papa belanjer! Tima kasih Papa:)
alamak..uncle long pong nak gi uniqlo
ReplyDeleteUncle long...pegi jgn tak pegi..epet suka seluo kecik uniqlo :p
ReplyDelete