Travel

Monday, September 15, 2014

Palace of The Golden Horses - Sempena Cuti Sekolah

Cuti Sekolah selama seminggu sudah bermula. Alhamdulillah rezeki kali ini dapat merasa stay kat Palace Of Golden Horses. Pernah datang sekali je hotel ni tapi bukan untuk stay tapi dengar promo membership untuk percutian. Masa tu baru anak sorang, tak fikir pun bab2 percutian ni. Datang kononnya nak dapat voucher free 1 malam. Dapat la voucher free tu tapi sbb weekdays, burn gitu jer.

Kali ni, Ucu ada conference kat sini. Konon-konon nya nak "teman" Ucu la nih. Hahahaha

Harga pun within budget RM383 net including breakfast for 2.

Lepas check-in carik bilik, jenuh jugak.. Budak-budak ni confident je berlari. Sekali salah arah. Huhuhu

Masuk je bilik. Amna kata " wooowwww.. Macam orang kayaaaa ". Terus lompat atas katil. 


Bilik luas, katil king. Perabot berasaskan warna putih dan emas. Banyak perhiasan  kuda - lampu, bekas shampoo etc.

Wardrobe & kabinet untuk chiller & coffee/tea.

Bilik air ada bath tub & shower room. Ali tu dah tak sabo nak mandi kolam. Mama bz amik gambo. Huhuhu

Kuda di mana-mana

Pemandangan dari balkoni bilik.

Lepas dah puas tengok bilik. Terus pegi swimming pool. Jauhnya swimming pool dari bilik. Jenuh gak menapak.

Ramai orang hari ni, ada yang siap bentang tikar bawak bekal makan bersama keluarga.

Bila Papa ambik tuala... Mak aaaiiii.. berjeghombeeiiii orang Perak kata. Ini hukum jadi lap kaki dah nih. 

Siap berlobang komeeee... Teringat plak hotel kat Lumut.. Yang bagi tuala buruk macam ni.

Nasib baik tuala dalam bilik cantik bersih.

Papa jadi bodyguard Amna Aimy & Ali.
Aisya kena halau, sebab tak pakai proper swimming suit. Sian Aisya...nak kena beli baju mandi baru. Baju mandi lama dah kecik. Sebab tu Aisya pakai seluar track.

Kemain lagi Aimy posing.

Lepas mandi kolam nak naik boat plak. 
Tunggu next entry yer..

















1 comment:

  1. Bestnyerdr cuti2 makan anginn. Seronok bawak budak main air ni mmg tak hingat dunia.
    Alahai camne hotel 6 bintang leh serve tuala koyak ni.... mmg spoil betul

    Tapi furniturs bilik tashikani mewah!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget