Travel

Sunday, August 10, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014









Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014.
Raya tahun ni giliran beraya di Klang. 
Tanpa Uncle Long & Ucu's family (beraya di rumah mertua).
Pagi raya, lepas solat raya, makan nasi impit. Bersalaman dan bermaafan dengan Makwan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan halal kan makan minum kami ye Makwan.

Selesai sessi bersalaman, pergi kedai gambar nak amik gambar family. Dah ramai menunggu nak amik gambar. Sampai turn, Ali dan Aimy buat hal plak. Jenuh nak suh tengok camera. Memang tak puas hati tengok hasilnya, tapi mungkin itu menjadi memori yang boleh jadi 'bahan' bila terkenangkan memori raya 2014.

Lepas Zuhur bertolak ke Taiping bersama Tokyah & makwan, pergi ke rumah Tok Yah Papa. Tok Yah Papa masih sihat, alhamdulillah. Selepas itu ke rumah Opah Yong dan Opah Njang. 

Sampai di Felda Lasah pukul 2.00pagi.
Kesian kat Papa, penat drive seharian hari ni.
Itu lah penangan hari raya. Hehhehe



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget