Travel

Monday, February 03, 2014

DIY : Kufi Art ~ Perhiasan Dinding

Hari ni mood DIY membuak-buak.. Tengok dindingku yang kosong kosong kosong mula la otak duk laju berputar-putar mencari idea nak semakkan dengan apa dinding nih. Hehehe.. Dulu letak gambar kawin dengan frame DIY dari kotak plastik CD tu..(lupa plak nak amik gambo..isk!) bila dah cat dinding baru, mestilah nak letak benda baru plak kan.

Tenung-tenung dinding ni, takde pun ayat Al-Quran. Terus teringat "Allah" "Muhammad" dalam tulisan kufi. Google sat and jumpa tulisan yang dicari-cari. Petak-petak je tulisan kufi ni, boleh buat nih. Minta kat Aisya buku matematik, try sketch ikut petak-petak dia. 

Tengok gambo lah, senang nak citer (^^)

Berkenan kombinasi warna nih.
Gambar kredit : Google

Gambar ni sebagai panduan.
Gambar kredit : Google



Trial ikut petak-petak buku matematik. Senang bangeetttt!!!


Buat dalam skala yang lebih besar. Sebab nak letak dalam frame. Acu kat frame tu, OK la size ni. Lebar 3 kotak buku matematik.


Dah siap lukis, terus gunting dan lekat kat kertas. Mula-mula letak kat kertas hitam ni, sebab banyak beli kertas ni hari tu.


Masa untuk tebuk-tebuk pulak. Beg kertas maxis kaler hijau jadi mangsa. Sebab frame yang ada kaler hijau dan pink. Jadi nak guna kombinasi 2 kaler tu lah. Tapi kertas kaler pink takde. Masa nih teringat beg kertas Ariani. Malangnya takdak! Takpe, pikir lain kali. Settle hat ni dulu.


Masa untuk tampal-tampal. Boleh je nak lukis terus guna kertas kaler hijau ni, tak yah tampal2. Tapi macam tak advanture dan kurang nilai2 kekreatifan tu.. Ekekekek


Scene tukang sebuk mesti ada, selagi tak siap. Kononnya memang nak suruh Amna @ Aisya siapkan kolaj sisik ikan nih. Tapi baru buat dua baris dah penat. Ate ca ne...


Asalnya nak buat latar belakang hitam tapi malangnya, bila diframekan, tak naik plak warna hijau tu. So, tukar plan. Gunting balik and tampal kat kertas putih. Dan ini lah hasilnya.

Untuk "Muhammad", kena tunggu kertas warna pink lah. Tungguuuuuu....







1 comment:

  1. salam Zalina..suka sangat DIY ni..walaupun simple tapi sangat comel...Boleh x saya nak repost DIY ni dalam Segmen Guest Blogger saya...saya buat every rabu..jangan risau..saya x tiru bulat2..just review sikit je then link balik ke sini...kalau ok, sila email saya di ogosh80@gmail.com..tq

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers