Travel

Sunday, February 02, 2014

Mencari Patin Tempoyak di Temerloh

01-02-2014
Cuti CNY, Papa ajak pegi makan kenduri di Pahang. Bila masuk Felda Jengka, rasa terimbas keadaan Felda Lasah 10-15 tahun lalu..Hehehe.. Tak banyak pokok dan banyak lagi rumah asal felda. Lepas makan kenduri di Felda Jengka 24, terus pegi ke bandar Temerloh. 

Papa pun tak tau nak cari di mana Patin Tempoyak yang sedap. Sepanjang jalan dari Felda Jengka 24 banyak kedai-kedai tepi jalan yang jual ikan Patin dalam aquarium. Sampai di pekan Temerloh, tanpa sengaja lalu di sebelah Sungai Pahang (agaknya lah) bersebelahan stesen bas. Banyak kedai-kedai makan di situ dan sudah pasti ada Patin Tempoyak. 

Pada mulanya Papa ajak turun makan.. Errkkk!! Baru lepas makan kenduri bang oiiii.. Kalau ajak makan dessert ada ruang lain dalam perut ni, tapi makan nasi. Senak terus! Hehehe.. Jadi Papa tapau jer. Dua ketul bahagian ekor, RM10 seketul.

Lepas tu Mama nampak ada orang jual nangka. Lama tak makan nangka, beli 2 bekas. 1 bekas RM6. Sedap dan manis nangkanya. 

Lepas tu terus bertolak balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 6.30 petang.
Malam ni dinner Patin Tempoyak. Pueh hati la makan. 1 ketul boleh makan 6 beranak. 1 ketul lagi simpan untuk next dinner. 

Patin Tempoyak Temerloh memang terbaekk!!

Temerloh, Pahang


Temerloh, Pahang



Temerloh Pahang




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget