Travel

Sunday, June 17, 2012

ROMBONGAN KE HO CHI MIN, VIETNAM : 4D3N

Tahun 2012 ni Mama rasa nak melancong naik kapal terbang. Bila Mak Wan kate nak pegi Vietnam, terus Mama kata nak ikut. Tak kira la Papa pegi ke tak.. 'Ali Mama boleh bawak. (ceh! dengan riaknya... Huhuhu)

Uncle Ipin & Ucu dengan jayanya telah mendapat pakej pelancongan yang berpatutan. RM940.00 untuk hotel 3 bintang + makan lunch & dinner + transport + trip ke Cuchi Tunnel + trip ke Sungai Mekong + pemandu pelancong selama 4 hari 3 malam. Tiket kapal terbang harga lain.. RM400. Itu ikut promo Air Asia. Kalau kena tarikh yg murah, lagi la untungkan.

Hari yang dinantikan akhirnya tiba, 26hb May bertolak ke Ho Chi Min. Sebelum tu, nak minta cuti 4 hari kecut perut rasanya. Sebab baru tukar department.. Efective 1 May, belum cukup sebulan keje dah nak cuti 4 hari.. Nak dapat replacement pun macam2 'drama'. Dipendekkan cerita, cuti dapat jugak walaupun boss cam muka kelat jer sign borang cuti. Huhuhu..

Pagi nak pegi pun ada drama jugak, Alphard yang kononnya akan bawak ahli rombongan cik kiah ni rosak la plak. Nasib baik la ada Papa. Secara terpaksarela menghantor kami ke LCCT... Hehehe.. Alhamdulillah, semua ahli rombongan sempat sampai ke LCCT dengan selamatnya.

Siapa ahli rombongan?
Uncle Ipin-Ketua rombongan cik kiah
Ucu
Makwan
Mama
'Ali
TokNgah
PahNgah
E'a
Shidah - cikgu sekolah ngan Ucu
cikgu jugak
Pakcik Kantin sekolah Uncle Ipin
Wife pakcik kantin
Anak lelaki pakcik kantin
Anak pompuan pakcik kantin
Anak pompuan pakcik kantin.

'Ali sepanjang perjalanan sangat la gud boy. Dalam flight tido, bila terjaga pun happy jer. Mama tak dpt nak bawak DSLR, dah test kendong 'Ali + handbag + DSLR.. memang diluar kemampuan.huhuhu.. Seb baik Ucu ada DSLR, so tumpang kamera ucu je la.. Mama guna iphone je untuk trip kali ni.

1 comment:

  1. terBAEK 'Ali..! kecit2 dah melancong ke overseaaa! eehehehhe

    cam best ek gi sana... kena masuk dalam schedule gak nih uhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

Share it