Travel

Friday, April 15, 2011

Tolong Jangan Buat Lagi!!

Petang tadi, sampai je kat Taska Sayang Sentosa untuk menjemput Aisya, Amna dan Aimy, Aimy macam biasa melonjak-lonjak kegembiraan bila nampak Mama & Papa. Aisya & Amna pula berebut-rebut nak bercerita. Belum sempat naik kereta lagi Aisya cerita (dengan bangganya) yang tengahari tadi dia jalan kaki balik dari sekolah kebangsaan ke Taska, kemudian tengah jalan naik kereta jiran.

Hah?? JALAN KAKI??? Kenapa??? Jalan dengan siapa???Jiran??? Siapa??? Lelaki ke Perempuan??? Macam mana kalau kena culik??? Kenapa naik kereta orang yang tak dikenali??? Bertubi-tubi soalan dari Mama & Papa, sampai Aisya pun tak terjawab (sampai menangis). Papa dah macam naik hantu marahkan Aisya. Nasib baik Mama cool (ehek!).. Jantung memang rasa nak gugur dah.. Kalau la jadi perkara tak elok.....Na'uzubillah..

Alasan Aisya tak tunggu Acik Van sebab nak balik cepat. Sekolah habis pukul 12 tghari tapi Acik Van sampai pukul 1.. Pukul 2 dah nak pegi sekolah agama.

Kesian pulak mama dengar, Aisya nak Balik cepat sebab lapar ke? Tak katanya, cuma nak balik cepat. Sorang-sorang pulak tu! Mama & Papa memang tak sangka Aisya berani jalan sorang-sorang sebab Aisya memang penakut! Pulak tu naik kereta orang yang tak dikenali... Risaunya Mama & Papa.

Mama & Papa bersyukur dan berterima kasih pada yang tolong tumpangkan Aisya. Kalau Aisya kenal lagi orangnya, pasti Mama & Papa akan ucapkan jutaan terima kasih.

Pesanan untuk Aisya supaya tidak lagi balik jalan kaki sorang-sorang. Mesti tunggu Acik Van. Jangan sesekali tumpang sesiapa pun yang Aisya tak kenal, tak kira lelaki atau perempuan. Berani tu bagus, tapi biar bertempat.
Mama & Papa sayangkan Aisya dan tak nak kehilangan Aisya.

Bila berlaku kejadian macam ni, terfikir alangkah bagusnya kalau Mama atau Papa dapat jemput Aisya balik dari sekolah.......[mood sedih].

2 comments:

  1. la siaannyaaaa.... nak marah kesian, tak marah bahaya. camni la anak2 kita sekarangg.. malam baru jumpa parent uhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Kan...serba salah dibuatnya:(

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget