Travel

Saturday, March 12, 2011

Pengalaman Gempa Bumi di Jepun

Mama pernah rasa sikiiiittt pengalaman gempa bumi di Jepun. Waktu tu malam, mama tengah 'baito'(kerja part time) tiba-tiba rasa gegar ke atas dan ke bawah. Masa tu, ada 3 org je dalam kilang buat mata shaver tu. Mama, untie Ujen & untie Ina. Sebelum tuh pernah juga rasa gegar gempa bumi, tapi sekejap jer..tapi kali ini rasa agak lama..memang gabra la mama dan kawan2 mama. Lepas gegaran tu berhenti, Okusan (bini tokey kilang) datang tanya takde apa2 ke? Pas tu dia suruh mama & kawan2 mama balik. Apalagi, kami pun bergegas balik memecut basikal.

Alhamdulillah, lepas tu tak de lagi gegaran. Dan sepanjang mama & papa berada di Jepun, Jepun tak mengalami sebarang bencana alam yang besar.

Mama pernah pergi melawat Muzium Memperingati Gempa Bumi di Kobe, Japan (tak ingat nama betulnya, tapi lebih kurang la..hehhe)..Sangat mengerikan dan menyayat hati tengok macam mana Kobe dihancurkan oleh gempa bumi pada tahun 1996. Tahun ini, gempa bumi di Jepun berulang lagi dengan lebih dahsyat.
Alhamdulillah, mengikut berita hari ini, semua rakyat Malaysia di Jepun selamat.

Sedikit gambar-gambar Tsunami Jepun 2011


Lagi gambar klik sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget