Travel

Friday, February 12, 2010

Nando's Restaurant, Subang Parade

Aimy senyum. kiut!! :)




*

Pernah makan kat Nando’s? Sebelum nih selalu nampak Nando’s ni kat mana-mana Shopping Mall, kira banyak la outlet/franchise dia. Pernah jugak baca artikel pasal pengusaha Nando’s ni kat dalam paper. Tapi dah lupa dah la butir2 pentingnya. Tapi kalau tak salah memori yg dah banyak ‘putus’ ni, ownernya rakyat Malaysia.
Pada weekend yang lepas, jalan2 cari makan kat Subang Parade. Jarang sangat pegi Subang Parade nih, rasanya sejak ada anak, ini 1st time kut . Dah lupa bila last datang Subang Parade.
Masa pilih2 tempat nak makan, Papa cadangkan makan kat Kenny Roger’s Roaster. Tapi, teringat last time makan Kenny Roger’s Roaster kat One Utama, macam tak best sangat. Sederet dengan Kenny Roger’s ada Nando’s. Teringin plak nak rasa Nando’s ni..sedap ker tidak. Maka, masuk la restaurant Nando’s. Sebab hampir dengan Chinese New Year, decorationnya ke arah CNY dan staffnya pun pakai cheongsam merah!
Mula2 tengok menu…alamak! nak makan apa nih..dalam menu gambar pun takder untuk setiap menu..hmmmm..payah nak pilih nih. Belek punya belek buku menu, akhirnya ini lah yang diorder….


1/4 chicken + 2 side (Coselow + Rice ) = RM14.95

chicken kebab + 2 side ( peri chips + peri potato ) = rm15.50

1/4 chicken + 2 side ( chips + peri2 beans ) = rm14.95


Untuk sosnya, ada 4 pilihan : lemon, mild, hot & super hot. Mama pilih hot untuk chicken kebab. Perrrrrghhhhhh!!! PEDASSSS gila!! Pedas dia pedas lain macam sikit, tak sama dengan pedas sambal tumis.
Mula2 masa pilih Chicken Kebab ingatkan ada roti pita..macam kebab yg jual kat pasar malam..rupa2nya ayam cucuk kat lidi..bakar pas tuh letak sos peri2. Hmmmm…x seperti yang dibayangkan..kikiki..CHIPS plak..ingatkan keropok ke..rupanya KENTANG GORENG! hmmmm…meleset lagi. Nih yang payahnya kalau menu takder gambar ni.
Mengikut lidah Mama yang ingatkan tahan pedas, rupa2nya tak ler tahan pun ( kikiki), dari segi rasa, biasa ajer..ayamnya pun tak ler lembut sangat..lembut lagi ayam Kenny Roger’s. Cuma yang mungkin specialnya Nando’s ni..SOS PERI-PERI nya. Siapa yang kuat pedas mungkin boleh cuba Super Hot tu.

Ini la sos peri2 tu..pedaasssss!


Sebelum balik, nak tukar diapers Aimy. Pegi baby’s room. Wahhh!! cantiknya..ada bilik2 kecik untuk Breast Feeding. Tapi tempat untuk tukar lampin ada 1 jer..Sebab dah occupied, Mama tukar lampin Aimy atas sofa jer ler. Alang2 masuk dalam bilik untuk Breast Feeding, Mama pun menggunakan sepenuhnya kemudahan itu. hehhe


Baby/Mother's Room




4 comments:

  1. suka ayam nandosss.. memang lembut gilerrr...! tapi tak suka sosnyer.. masam! hu hu.Cantekkk aaa baju aisya!

    ReplyDelete
  2. lawo tudung zali!! hhahaha

    ReplyDelete
  3. Wah dah besar aimy ekk.....suka ye gie jenjalan.....

    ReplyDelete
  4. izan,
    lembut ker? hmm..boleh laa..baju aisya? kredit untuk makwan :)

    noora,
    lawo? akakaka..menjadi plak ari tuh pakai selendang lilit2.

    noor,
    besar dah..dah leh naik walker. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget