Travel

Showing posts with label tudung awning. Show all posts
Showing posts with label tudung awning. Show all posts

Wednesday, December 08, 2010

Tudung Pengantin Ala Arab @ Hindustan?- Bienda

Woww!! meletop baju pengantin Bienda nih! Bienda memilih pakaian ala-ala arab @ hindustan (?)berwarna biru dengan dihiasi batu-batu berwarna emas. Sedondon dengan suami. Suami Bienda rambut panjang kemas diikat ..hensem!!
Perkahwinan Bienda rasanya tak mendapat liputan yang hebat di media2. Gambar yang saya jumpa di limauais.com ini pun tak berapa cantik...hmm..Tapi ini jer yang saya jumpa. Anyway, enjoy the pictures. Mungkin dari busana Bienda ni anda mendapat ilham untuk busana pengantin anda nanti :)
Flower girls pun dressing ala2 arab@hindustan..Kelassss!!!




Busana kedua berwarna krim. Cantik sangat Bienda,kan?



Ini pula gambar hari pernikahan Bienda. Seperti kebanyakan mempelai, Bienda memilih warna putih untuk hari pernikahan. Tapi saya agak tak berkenan pada tudung Bienda..walaupun sama warna putih tapi macam tak matching dengan baju. Cuma ada batu2 di awning, tapi kosong. Cuba diserikan dengan brooch besar di tepi tudung. Hmmmm..kurang menyengatlah!
Anyway, Bienda tetap cantik.

Tuesday, November 30, 2010

Tudung Pengantin - Raja Farah

Raja Farah memilih warna putih dan biru majlis pernikahannya. Tudung awning putih bersulamkan manik dan labuci berwarna biru muda. Maniknya tak banyak sangat pada tudungnya, tapi lebih sarat pada selendang. Sangat cantik dan manis digayakan oleh Raja Farah. Gambar yang sangat cantik. Tahniah kepada photographer Azmi Daud.

Berita perkahwinan Raja Farah saya ketahui melalui rancangan popular TV3 iaitu Melodi. Pada waktu itu kelihatan badan Raja Farah berisi. Tapi dalam gambar pernikahannya ni, Raja Farah nampak kurus!
Fuhhh! ramainya photographer!!


Saat paling romantik. Saya paling suka saat suami mencium dahi isteri semasa majlis pernikahan.
Semoga Raja Farah & suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.


Wajah ceria pengantin. Hensem kan suami Raja Farah :)





Tudung Pengantin - Datin Halina (isteri Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor)

Masuk bulan December bermakna cuti sekolah dan musim orang kawin. Sejajar dengan musim orang kawin, saya nak kongsi fesyen tudung pengantin. Saya mulakan dengan Datin Halina, isteri Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tak perlu diperkenalkan lagi :) Datin Halina memilih busana putih bersih dihari pernikahannya. Tudung awning yang sarat dengan labuci & manik bergemerlapan. Nampak berat je tudung Datin Halina ni, tapi sesuai la dengan status raja sehari kan?
Datin Halina yang sentiasa tersenyum gembira sepanjang majlis pernikahannya. Giginya cantik sangat!!

" Cantiknya isteri abang ni!!"..agaknya itu yang Datuk katakan pada Datin Halina. Happy sangat tengok gambar ni, tengok la tetamu yang datang pun semua tersenyum gembira.


Pasangan sama cantik sama padan bak pinang dibelah dua.
Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Gambar dari web photographer: www.fuadtopa.com





Daisypath Anniversary tickers