Travel

Showing posts with label ambrynaa. Show all posts
Showing posts with label ambrynaa. Show all posts

Sunday, August 04, 2019

World of Phalaenopsis @ Taman Orchid Ulu Yam

Dulu pernah berangan jadi floristšŸ™Š. Suka buat flower arrangement, kalau ada mana-mana expo bunga mesti pegi. Masa jadi ajk KPM HAWA pernah buat flower dedication🤣🤣. Sapa ingat? Hahahahah.










Masa tu pernah tertengok kat TV pasal Taman Orchid area Ulu Yam. Bila lalu Ulu Yam mesti tercari-cari signboard. Tak pernah jumpa pun. Bayangkan Taman Orchid ni lereng bukit/gunung ala2 cameron highland tu. 

Hari ni, setelah angan2 tu dah hilang ntah kemanašŸ˜… dan berpunca dari minat kat coffee latte pulak. Dengan kuasa facebook, google & waze. Akhirnya sampai jugak ke Taman Orchid ni. Sebelah perumahan je, bukan la area sejuk atas gunung punšŸ˜†.

Cafe yang sangat cantik dikelilingi bunga orkid segar. Setiap sudut instagramable, semua yang masuk memang akan posing. Menu cafe memang sesuai untuk minum petang.

#ownerchinese
#staffpelbagaikaum
#adaanjingsebagaipenjaga
#dalamfridgeadabeer

Friday, November 04, 2011

AmbryNaa's 9th Anniversary ~ Swimming Pool Time!!

Lepas breakfast, masa untuk mandi kolam!
Kalau tido hotel, ini la masa yang ditunggu2 dek Aisya & Amna.
Mama lepak2 tepi swimming pool sambil baca magazine & perati gelagat anak2 Mama mandi kolam...seronok sangat! Rasa very relaxing :)

 Sambil2 tu Mama 'menembak' pemandangan sekitar swimming pool. Dari swimming pool ni, leh nampak jalan raya depan One Utama. Macam rooftop garden gitu :)

 Mama suka gambar ni ;)

 Aksi anak2 Mama mandi kolam..seronoknyaaaa!!!

 Aksi Aisya menggelungsur.

 Aksi Amna menggelungsur pulak. Tapi Papa kena tunggu la..penakut Amna nih! :)
Tak ramai yang mandi kolam kat area budak2 ni, cuma ada 1 family omputih.
Dah dekat koi 11 pagi, kerah bdak2 naik..jenuh nak ajak naik..isshhhh...isshhhh...
Kang terlajak plak check-out time.

Masa untuk check-out. Sambil tunggu Papa check-out, bdak2 nih main lari2 seluruh bahagian lobby...adoooyaaaaiiiiii...nak jerit2 marah malas....Mama tengok jer diorang duk lari2, guling2 kat lantai...alahai anak2 Mama.

Lepas ni nak pegi bangunan sebelah, Sri Pentas. Ada sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Jumpa di next entry!!

Thursday, November 03, 2011

AmbryNaa's 9th Anniversary ~ Breakfast at Cinnamon Cafe, One World Hotel

Ohayo Gozaimasuuuuu!!!
Bestnyaa tido atas katil berbantalkan bantal empuk nih..hehheh..memang malasss tui nak bangun. Tapi kalau tak bangun nanti melepas plak sarapan pagi :).
Sarapan pagi di Cinnamon Cafe, One World Hotel nih bermula dari pukul 7.00 pagi sampai 10.30 pagi. 10.30 pagi? alamak! awal tu abisnya, kang tak dapat nak rasa semua makanan plak, rugi2..hehhe
Budak2 tak payah mandi, kang lambat. Berus gigi basuh muka terus turun. Cafe ni terletak di level bawah sekali.
 Ini pintu masuk Cafe, kat luar pun ada kerusi meja dengan hiasan kolam. Sangat menenangkan. Bila masuk jer, waitress bawakkan ke meja dan terus dapat "Tea or Coffee?"
Uikss..ramai gak orang..penuh la meja. Kat bahagian luar pun ada area untuk makan, tapi dah duduk baru perasan. Maybe smoking area, tapi nampak 1 meja jer yang ada orang.

 Aisya & Amna, Mama suruh pegi amik sendiri makanan. Dah besarkan, pandai2 la belajar amik sendiri:).
Yang diorang ambil, conflakes. Nama pun budak2 kan:) Aimy pun sibuk nak makan conflakes, nak suap sendiri pulak tu. Belasah la Aimy, tumpah2 pun nanti ada orang cuci kan...hehehehhe

 Ini menu 1st trip Mama:), ada spagethy, pizza, croissant, bake bean, sosej, beef ham, mushroom & bake tomato. Kat 'main island' menu ni, banyak lagi makanan lain. Tapi pinggan Mama dah penuh laaa...

 Ini pulak 2nd trip :), Japanese breakfast menu. Ada japanese rice, tsukemono, misoshiro, tamagoyaki, sabayaki & Nikujaga. Mama amik salad dari 'main island' untuk memeriahkan lagi pinggan Mama:).
Ada okayu(bubur nasi) jugak, tapi mama tak amik.
Aisya cakap, banyaknya Mama  makannnnn...Mana ada banyak, ni baru sikit. Ada kaunter lain yang Mama tak terjah lagi. Ada Kaunter Chinese Food, Indian Food, Bakery etc. Tapi bdak2 dah bising nak mandi kolam. Isskkk!! Mama nak makan dengan tenang pun tak boleh! Huhuhuhu...

 Waitress bagi meja tuk 4 orang, memang tak muat la..penuh dengan pinggan Mama jer...hehheh

 Sebab bdak2 dah bising nak mandi kolam, so 3rd trip Mama tutup dengan desserts lah. Mama amik buah-buahan, homemade yogurt & bread pudding. Bread Puddingnya memang yummylicoussss!!

Amna nak bermanje ngan Mama, minta suap:)
Mama puas hati la makan breakfast kat sini...siap rasa tak cukup lagi..huhuhu
 Sebab room price cuma cover breakfast tuk 2 pax. Aisya & Amna kena bayar RM20 sorang. Tak berbaloi rasanya RM20, bdak2 nih makan conflakes jer..ish..ishh..isshhhh.....

Anyway, HONTONI ARIGATOU papa:)
Next time leh datang lagi kan..kan...kan...

Saturday, October 29, 2011

AmbryNaa's 9th Anniversary ~ REAL STEEL & Tutti Frutti

Movie Time!!
Kalau DATING mesti la tgk movie kan? :)
Macam biasa pegi GSC One Utama.
Nak tengok citer apa ek?  Hmmm...tak survey pun sekarang movie apa yang best. Mula2 nak tengok Johny English Rebond..tapi waktu tayangan lambat lagi. Paling hampir citer REAL STEEL, citer ape la Real Steel ni. Tak pernah la plak tgk gezetnya..Tapi itu jer citer yang yang dah start. So, beli tiket...harganya RM11 sebab 2D. Apa 2D ni? Kaunter boy tu kata, macam HD la...OoOoOOooo..
Duduk2 jer citer start, penuh jugak seat dalam panggung nih...best kut citer nih.

 
 Minit pertama tengok dah rasa BEST! memang TERPAKU tengok dari mula sampai abis. Memang best gila lah! Tak nyesal tengok. Berbaloi2!
Hero hensem(HUGH JACKMAN), bdak kecik tuh pun comel(Dakota Goyo)!:)

 ATOM the hero :)

 Cerita agak ganas, tapi ada sentuhan kekeluargaan.

 Sangat kreatif ...cam mana la diorang leh reka citer macam nih.

 Ending pun best! :) Puas hati sangat.

***

Pernah makan Tutti Frutti?
Tak pernah...So, hari nih 1st time nak try Tutti Frutti Frozen Yogurt ni.

 Kedai Tutti Frutti kat One Utama ni pun baru jer ada. Kecik, simple tapi menarik kedainya.
TF ni konsepnya SELF SERVICE. Semua kena amik sendiri, dari cup, Frozen Yogurt dan segala aksesorinya dari sos, buah-buahan, segala mala jenis taburan dan macam2 lagi lah!

Cup pelbagai size mengikut warna, pilih la nak besar mana. Lepas tuh amik sendiri frozen yogurt atau shortformnya FROYO mengikut cita rasa masing2..nak 1 jenis..nak semua jenis dalam 1 cup pun boleh. Lepas tu letak la segala-mala aksesori..lepas tu TIMBANG. Makin berat isinya, makin mahal la yer.
Mama amik cup paling kecik, amik 2 jenis FROYO (coklat & original), buah sikit..total RM12.00 lebih kurang..Mahal jugak...huhuhu 

 Ini dia FROYO Mama. Kalau budak2 memang suka la benda2 yang boleh amik sendiri nih...standby jer la duitnya..hehhe

 Mama happy dapat makan Tutti Frutti!!

 Papa tak suka sangat, Papa lagi suka Baskin Robbin.

Mula2 rasa cam banyak dan susah nak abiskan...TIBA2 eh? DAH HABIS?? hehhehe..

Lepas makan Tutti Frutti, shopping jap kat Jusco. Beli hadiah sempena Anniversary kat Poh Kong. Mula2 ingat nak tambah nilai kat rantai gelang yang beli dari mas kawin. tapi x der patern yang berkenan untuk tambah nilai mengikut budget. Last2 beli 1 lagi rantai gelang...hmmm rasa tak best plak pakai sampai 2 rantai gelang nih...So, pakai yang baru jer..Yang lama simpan dulu :)

Kemudian balik, amik Amyras kat Taska.
Tak habis lagi aktiviti Anniversary hari ni ;)
Tungguuuuuu....
Jumpa di next entry!!

Friday, October 28, 2011

AmbryNaa's 9th Anniversary ~ Breakfast & Lunch yang KureEeEeeennG..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Papa & Mama :)

Sempena anniversary, aktiviti wajib tiap2 tahun adalah DATING..yeaayyy!!
Anak2 Mama pegi sekolah yer.....:)
Hari ini dimulakan dengan membasuh kereta, tapi bukan la basuh sendiri..of course pegi Car Wash laa..biasa basuh kereta + vacum RM8 jer..kali nih kena RM12...keta besor sikit..bayar kena la lebih sikit.

 Lepak2 sambil tengok kereta dicuci.

 Next destination, BREAKFAST. Tak nak makan berat2 sebab lunch nanti nak makan banyak2..hahhahha..
Singgah kat Papa Rich Rawang.

 Mama order cappucino dan Papa order teh. Cappucino sangat lah pelik rasanya & tak sedap! tengok la buihnya..tak RICH langsung!! Gakkari!! rasanya pernah minum Cappucino kat sini, x der la macam ni rasanya..isk!! Jawabnya teh Papa kena pau.

 Makan plak Papa order Roti Bakar dan Mama order Roti Bakar Susu. Tapi yang menyedihkan...awat la hidang kat customer pinggan SUMBING??? adoiiiiiii....kedai Papa Rich..tapi pinggan SUMBING? Masa bayar memang Mama komen pasal pinggan tu. Dah biasa makan kat sini, makin lama makin teruk plak pinggannya, cawannya pun macam tak bersih...issskkk..rasa dah tak nak makan kat sini :(

***

Destinasi seterusnya, Subang Jaya. Mama tergoda nak pegi Japanese Restaurant Sakura Sakura kat Subang Jaya yang di blog dek Untie Izan. Pusing 2-3 kali jugak la area depan SJMC tu..rupa2nya kena cross SJMC tu. Bila dah parking, tetengok restaurant tu tak buka lagiiiiii.....uwaaaaa!! gakkari lagi:(
Sebab target nak makan Japanese Food, cari jugak Japanees Restaurant area situ. Banyak Jap Rest kat area ni, tapi Mama tertarik dengan satu Cafe, sampai2 ada parking plak. Tapi bila masuk, alamak..fuinki(suasana)nya tak best sangat lah! Tapi sebab dah masukkan..duduk dan order jer laa.....

 Ini set yang Mama order, Salmon Teriyaki Set. Salmonnya keras...uhuk! chawan mushinya pun kureeenng..tak macam Sushi Zanmai nya chawan mushi :(.


Papa order Unagi Don. Licin!! sedap Papa kata.

Permulaan hari ni memang agak mendukacitakan...
Tapi lepas nih tengok movie REAL STEEL & makan TUTTI FRUITI telah melupakan kedukacitaan Mama :)

Jumpa di next entry!!

Saturday, April 02, 2011

Cinema Platinum Class - Mama & Papa jakun!!


muka jakun papa :p


gaya vogue (konon!)



Pernah masuk Cinema Platinum Class? Hari ni Mama & Papa dating nak tengok wayang..yeayy!! :)

Pegi Cathay Cineleisure kat Kota Damansara, tengok2 list movie yang paling menarik minat - Just Go With It lakonan Jennifer Aniston & Adam Sandler.

Papa & Mama memang suka tengok wayang citer Romantik Komedi ni.


Bila nak bayar tiket, harga RM50!! Hah? kenapa mahei bebenor?

Bila tengok mama & papa terkejut, adik kaunter tu cakap..'ini tiket Platinum Class, biasa harga rm45. Hari ni Rm25'..OoOoO..patut la mahal...sebab itu jer movie yang mama & papa nak tengok..belasah jer la..papa belanje :)


Mula2 masuk Platinum Class gila jakun..ahhaha..kerusi besar & empuk...boleh baring! Boleh order makanan dari dalam, picit jer button nanti waitress datang. Boleh sewa blanket & bantal(rm5.00). Pergghhhhh!! memang best gila!! Excited betul duk main2 kerusi yang boleh gerak2 tu..hahhahah


Cerita Just Go With It pun best! cerita romantik komedi dengan happy ending.


Release Date: 31 March 2011

Language: EnglishSubtitle: English / Chinese

Genre: Comedy

Running Time: 1 Hour 59 Minutes

Director: Dennis Dugan

Cast: Adam Sandler, Jennifer Aniston

Synopsis: In Just Go With It, a plastic surgeon, romancing a much younger schoolteacher, enlists his loyal assistant to pretend to be his soon to be ex-wife, in order to cover up a careless lie. When more lies backfire, the assistant's kids become involved, and everyone heads off for a weekend in Hawaii that will change all their lives.

(Source: Sony Pictures Releasing International)


Papa kata sebulan sekali nak tengok wayang kat Platinum Class ni...waaaa! bestnya!!

Daisypath Anniversary tickers