Travel

Showing posts with label Grand Lexis. Show all posts
Showing posts with label Grand Lexis. Show all posts

Friday, January 24, 2014

'Ali : 22.01.2014 : Happy 2nd Birthday!!

Cepatnya masa berlalu, 2 tahun dah boboiboy mama ni...
Teringat-ingat lagi waktu nak bersalin. Huhuhu.. Papa kata biasanya umur-umur macam ni, biasanya dah manje ngan Papa. Tapi Ali menten ngan Mama (Papa jeles la tewww). Tapi letih jugak kalau semua nak Mama buatkan. Hehehe

Gambar Ali dari dalam pantang. Comeynya!!

Birthday Ali celebrate kat tempat favorite Papa - Grand Lexis... Relax je Ali dalam kolam. 
Dah gigil-gigil bibir biru pun tak mau keluar dari kolam.
'Ali dan makwan.
Tak cukup kolam kecik, nak pegi kolam besar pulak.
Kakak-kakak yang over mandi kolam nih.
Makwan lepak-lepak sambil tengok cucu mandi kolam.
Cheese layer leleh untuk birthday Ali. Hasil "kreatif" Mama & kakak Aisya. Kakak Amna marah sebab buat kek ni masa dia tidur. Hehehe
I am 2 year old! Ali pilih sendiri amik kek ada nombor 2.
Mama & Ucu nak interprem jugak. Heheh
On d way balik singgah Starbuck Drive-tru. Sedapnyaaa mendalah niiii.. Next time singgah lagi yer Papa❤️.





Saturday, November 24, 2012

Happy Birthday Papa ~ 25 + 10 years old :)

Bersempena birthday Papa, Papa belanje kita Hotel Grand Lexis Port Dickson! Yeaayyy!! Papa berkenan betul dengan Grand Lexis ni sebab ada kolam renang dalam bilik. Ini kali ke-2 kita pegi Grand Lexis. Kali pertama masa sambut birthday Mama bulan April hari tu. Masa tu agak tak puas hati sebab bilik agak sempit. Tapi kali ini, Papa tempah bilik atas laut.. Perrrghhhh.. Besarnya bilik. Memang LAGI BESAR dari rumah kita. Huhuhu..

Lepas amik Amyras dari rumah Makwan, terus gerak ke GL. Sampai pukul 3.30 petang, tapi kena TUNGGU 20 minit katanya sebab tengah tukar air kolam. Tunggu punya tunggu sampai 1 jam!! Terpaksa Papa pegi beratur lagi kat receptions. Lepas follow up baru lah dapat bilik. Ramai family yang dapat bilik lambat. Memang crowded kat lobby. Tapi staff LG ada buat belon berbentuk dan bagi pada anak-anak. Takde la budak-budak bosan menunggu.

Bila dah dapat masuk bilik,Amyras tak tunggu-tunggu lagi.. Terus tukar baju mandi dan terus masuk kolam!! Aimy tak berani lagi masuk tetengah kolam.. Pakai pelampung pun takut. Duduk la main air kat tepi kolam jer.

Selepas Mama 'teroka' dan kagum dengan kebesaran bilik water chalet ni.. Mama mula memanaskan makanan yang Mak Wan bekalkan. Kuetiaw goreng, nasi impit & rendang ayam. TERIMA KASIH MAKWAN!!
Makan nasi impit ditepi kolam.. Terbaeekkkk!!

Makan malam Mama order room service Nasi goreng 1 Malaysia, Seafood Pizza & Cheese Cake. Masing-masing tak berapa lapar sebab kenyang makan nasi impit.

Pagi esoknya sarapan pagi di Restaurant Duyung. Memang ramai betul orang...musim cuti sekolah lah katakan. Hotel bukak bilik hall untuk sarapan pagi ni. Sekali lagi anak-anak diberi belon. Menu sarapan pun boleh tahan banyaknya. Mama memilih untuk sarapan ala-ala western gitu... Croissant, omelette & salad. Aisya & Amna mula-mula makan nasi lemak sebab tak nampak bijirin. Lepas makan nasi lemak 2-3 suap, makan corn flakes semangkuk dah bising nak balik bilik. Mama baru nak start makan 2nd round - spaghety with white cream & daging salai. Tak sempat nak makan buah-buahan tau!! Gggrrrrrr....

Balik ke bilik continue mandi kolam. Amyras nak mandi kolam besar kat luar, tinggallah Mama & 'Ali berGangnam Style kat kolam dalam bilik. Seronok Mama ngan 'Ali sampai tak sedar Papa tekan loceng bilik. Ekekeke..

Tepat pukul 12:00 tengahari kita check-out. Nak panggil buggy service call tak di angkat. Busy agaknya, ramai yang nak check-out. Bilik tak la jauh sangat dengan lobby, jadi angkut sendiri je lah beg.

Di lobby memang ramai yang beratur nak check-out. Aimy pulak meraung guling-guling depan pintu lobby nak naik buggy. Mula-mula susah juga nak 'tangkap' buggy nih sebab cepat sangat blah nya. Tapi akhirnya dapat juga Mama tangkap 1 buggy minta pusing ke pintu belakang hotel. Merasa lah Amna & Aimy naik buggy. Aisya kat lobby tunggu beg.

Berakhirlah percutian sempena birthday Papa. ARIGATOU PAPA♥

Daisypath Anniversary tickers