Travel

Showing posts with label mama; gadget popular masa kini; photography; kamera. Show all posts
Showing posts with label mama; gadget popular masa kini; photography; kamera. Show all posts

Sunday, January 02, 2011

Bukit Tinggi : Rabbit Park


Sempena cuti yang diumumkan oleh PM di atas kemenangan Malaysia dalam Piala AFF, mama ajak papa pegi Bukit Tinggi. Tempat honeymoon mama & papa:)

Mula2 pegi Rabbit Park..dah tukar nama jadi Animal Park..sebab bukan ada Rabbit jer..ada turtle, deer & donkey. Yang bestnya kat sini sebab rabbitnya boleh disentuh...kalau dulu siap boleh dukung lagi..tapi sekarang tak boleh dukung..nanti kena 'tegur'..hehhe
masuk rm3.00



Mula-mula Amna & Aisya takut2 nak pegang rabbit. Bila dah nak balik baruuuu lah berani. Lambat betul enjin panas!






Bila dah balik, Amna asyik cakap nak pegi lagi...aduhai..kalau dekat takpe la sayang oooii...
Tahun depan kita pegi lagi yer sayang :)

Thursday, December 16, 2010

10 Alasan Kenapa Nak Guna Kamera DSLR

Sejak baca review pasal Nikon D90 ni kat satu forum (tak ingat forum mana dah) hati mama kuaatttt nak guna kamera ni.



Kenapa mama nak guna kamera DSLR?
1) mama suka amik gambar.
2) mama suka gambar yang cantik.
3) jeles tengok orang yang mama kenal amik gambar cantik.
4) kagum tgk orang yang mama tak kenal amik gambar cantik.
5) jeles tengok blogshop yang jual barang display gambar yang cantik.
6) tak puas hati dengan kualiti gambar yang mama letak dalam www.babycottonshop.blogspot.com
7) tak nak edit gambar(downtime)
8) kamera digital mama dah rosak terjatuh dalam air..:(
9) bonus dah dekat
10) nampak cool ;p
Rasanya dah kuat sangat reason mama nak guna DSLR ni..kan..kan..
Tapi dengan 10 reason ni, patutkah @ sajakkah mama pakai Nikon D90 nih?
***
Masa zaman belajo dulu, mama pernah ada kamera SLR ni..masa tuh takde digital lagi..pakai filem :)
Beli 2nd hand kat kedai Video Rental - Big Bang.
Canon EOS Kiss
Semua complete la, ada beg..ada 2 lense..ada tripod.
Tapi masa tuh guna AUTO & MICRO jer..heheh..tak terpikir pun nak belajar betul2 macam mana nak guna...huhuhu
Balik dari Japan, tak sampai setahun dah rosak..nak repair tak reti nak repair kat mana..last2 berhabuk dalam stor :(

Ingat tak lagi rupa kamera filem? ini dia tempat letak filem tu :)

Tak tau nak buat apa dengan kamera ni. hmmmmm


Daisypath Anniversary tickers