Travel

Showing posts with label iphone. Show all posts
Showing posts with label iphone. Show all posts

Sunday, July 08, 2012

DESSERTS TIME @ THE APARTMENT

Sejak 1st time makan Chocolate Pudding & Vanilla IceCream kat The Apartment memang ada plan nak repeat kalau ada chance. And today is the day!! Yayy!!

Hari ni memang pegi The Apartment semata-mata untuk desserts.. Nyumm!! Nyumm!! Tq Papa♥

Selain choco pudding mama order Pavlova untuk Amyras dan Red Velvet kek untuk Papa. Pavlovanya comel2 4 pieces. Tapi tak boleh lawan Pavlova Serai. Red Velvet dapat rasa sesuap jer, tengah sebuk2 tengok2 dah abis!! Gambar pun tak sempat ambik, laju betul Papa makan. Huhuhu..

Tapi ada 'gangguan' yg menyebabkan tak bleh nak enjoy sangat dengan my chocholate pudding. Spoil betul!!

Friday, July 06, 2012

KEDAI SHAMSUDIN HALAL FOOD, HO CHI MINH

Makan malam yang ke-dua di Vietnam adalah di Kedai Shamsudin. Pintu masuk kedainya agak tersorok di belakang kawasan parking motor. Kedatangan kami disambut oleh seorang perempuan bertudung. Mungkin orang Islam Kemboja.

Makanan adalah menu masakan malaysia. Ada ikan talapia goreng, sup sayur, ayam masak apa ntah, kangkung goreng, telur goreng dadar dan buah tembikai.

Lepas makan, kembali ke hotel dan mama meneruskan aktiviti shopping di pasar malam bersebelahan pasar Benh Thant. Walaupun waktu malam, cuaca agak panas. Berpeluh-peluh 'Ali dibuatnya. Dalam pada berpeluh dan ke'berak'kan..'Ali boleh tido lena dalam warpping Mama...huhuhu

Dapat la juga Mama tangkap beg kain dengan harga RM10 satu.









Sunday, July 01, 2012

DAY 2: CU CHI TUNNEL, VIETNAM

Jadual hari ini bermula dari pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke Cu Chi Tunnel memakan masa lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan, pelbagai pemandangan menarik dapat dilihat. Kedai makan yang banyak buaian ataupun kerusi malas, rumah-rumah yang kebanyakannya tak berapa lebar tapi 3 tingkat dan memanjang kebelakang. Kubur yang macam stall jual burger dan macam2 lagi pemandangan yang takde kat Malaysia.

Sampai je kat Cu Chi Tunnel, Mr. Trii beli tiket dan bawa kami masuk kedalam. Mula2 lalu terowong, tengah2 terowong ada guard, tampalkan sticker kat baju.

Mula2 tengok video sejarah Cu Chi Tunnel, kemudian dibawa ke setiap bilik/lubang. Untuk tahu sejarahnya boleh google yer :). Complete semua ada, dapur, bilik makan, bilik jahit, bilik bersalin pun ada!! Memang tak dapat bayangkan betapa sengsaranya hidup semasa zaman perang.

Di akhir lawatan, souviner shop. Tapi takde fridge magnet lah. So, takde tangkapan Mama di sini.

Cuaca amatlah panas, tapi alhamdulillah.. Ali boleh lena dalam babywrap :).

BREAKFAST @ KINGSTON HOTEL HO CHI MINH

Breakfast yang pertama di hotel, disebabkan ramai orang Malaysia yang menginap di Kingston Hotel. Pihak hotel mengasingkan makanan halal & non-halal.

Hari ni Mama sempat amik roti & bubur nasi. Bubur nasinya dibagi telur masin sebelah. Memang tak abis ler telur masin tu.. Huhuhu..

Ada buah yang Mama tak sempat nak amik, buah macam epal hijau tapi kecik. Makwan suka buah tu, siap beli lagi kat pasar.

Overall sarapan dia OK, seswai dengan taraf 3 bintang.

Saturday, December 03, 2011

Perkembangan Dalam Kehamilan - Bulan ke 6 & 7 Kehamilan

Apabila masuk minggu ke 24, bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna. Rambut, kening dan bulu mata mulai lebat. Kulitnya halus, sehalus kulit bawang. Bahagian tulangnya juga mengeras. Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram. Pergerakan bayi ketika ini adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu. Ibu hamil semasa bulan ke 6 ini akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh dan bisa-bisa di bahagian kaki, sekitar belakang pinggang, dan juga akan sentiasa berasa lapar. Apabila memasuki minggu ke 28, iaitu genap 7 bulan, bayi akan membesar sekitar 27.5cm(11-12 inci) dan berat badannya meningkat 1.5kg. Kulit bayi kelihatan lebih licin. Kantung udara di dalam paru-parunya telah terbentuk. Bayi akan cukup sifat fizikal dalaman & luarannya. Sekiranya bayi dilahirkan ketika ini, insyaAllah selamat, lebih-lebih lagi sekarang dengan bantuan alat-alat pernafasan dan kepakaran doktor perbidanan di hospital. Seringkali ibu hamil 7 bulan mempunyai selera makan yang tinggi dan mengalami masalah kenaikan berat badan yang boleh menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis dan kaki. Kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Adakala terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj. Ibu hamil akan kerap membuang air kecil, kadangkala berlaku lelehan air kencing dan mulai tidak selesa tidur. Pergerakan bayi semakin cergas dan adakalanya akan berputar-putar. Dalam keadaan ini, ibu mengalami masalah pembengkakan vena atau kembang urat saraf. Ibu dinasihatkan jangan mengambil makanan dan minuman jenis sejuk atau makanan yang disejukkan kerana pada masa ini bayi masih dalam proses memperkuat pembentukan gigi dan tulang. Pusat ibu akan mulai tersembul apabila kulit perut semakin tegang. Sekiranya pada waktu ini ibu hamil sesekali terasa berlaku *rengat(rasa sakit kontraksi), tidak perlulah dibimbangkan. Walau bagaimanapun, andai kata *rengat kerap berlaku, antar 1-2 jam, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan rapi daripada pakar perbidanan. SUMBER: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU NOTA MAMA: Dalam minggu 29-30 Mama dapat batuk yang teruk gara2 minum air berais. Memang seksa sangat!! Bila batuk sakit tekak, sakit urat perut & terkencing! Memang kena pakai panty liner yang agak tebal. Sehari mau 10 kali tukar panty liner. Kalau nak tido lagi la seksa.. Nak baring tak boleh, kadang2 terpaksa tido duduk. Rasa nak tido dalam bilik air pun ada! Mama tak pegi klinik pun, tapi Mama minum ubat batuk cap ibu dan anak. Selain tu Mama buat air suam halia+lemon+madu. 2 hari lepas tu, alhamdulillah batuk dah berkurangan. Tapi SAY NO pada minuman sejuk! Tobat dah Mama!! Semoga penyakit batuk tidak menyerang Mama lagi.. Aminnnnnnnnn!!

Thursday, November 10, 2011

Universal Studio Singapore Trip : The preparation

Sempena Papa & Mama cuti Plant Shutdown Hari Raya Haji, Papa &  Mama plan nak pegi Universal Studio Singapore. Yeayy!!:) Sejak dari Universal Studio diumumkan pada tahun 2006 akan dibuka di Singapore, Mama dah pasang angan-angan akan pegi bila dah buka nanti. Soft openingnya pada tahun 2009 dan alhamdulillah tahun ni dapat pegi:).

2~3 minggu sebelum cuti, Mama survey via internet package untuk pegi ke USS. Pada awalnya Mama ada 3 options:
 1) Stay di Singapore (bawa masuk keta ke Singapore)
 2) Stay di JB (naik bas ke USS)
 3) Stay di JB (bawa masuk keta ke Singapore)
Papa pilih naik bas ke USS, jadi stay kat JB lah. Ada jugak yang suggest naik flight sebab kalau naik bas kena beratur lama kat Kastam... Kesian kat budak2.
Anyway, Papa & Mama pilih option no. 2) Stay di JB dan naik bas ke USS.
Mama pilih package 3 Hari 2 Malam stay di The Zon Regency Hotel dari Bon Voyage Vacation (Mr. Albert Chia). Details boleh tengok di http://www.amazinguss.weebly.com/

Semua urusan secara online. Mama request harga untuk 2 dewasa & 2 kanak2 ( aimy bawah 4 tahun FREE ) --> Travel agent reply harga bersama cara2 nak bayar-->Mama bank-in ke akaun Travel agent ( Card Credit not available yet )-->Travel Agent e-mail voucher (bukan tiket tau!)--> Print 2 lai ( 1 untuk hotel & 1 untuk redeem tiket USS )

OK voucher dah dapat, next step buat Passport Aimy. Passport Mama, Aisya & Amna hidup lagi sampai Ogos tahun depan. Tu yang beria jugak nak pegi 'oversea' sebelum Passport expired. Hehehe..Passport Papa baru lagi renew. So, Papa & Mama bawak Aimy sorang je ke Jabatan Immigration di Shah Alam. Papa & Mama memang prefer buat kat sini, sebab pengalaman setakat ni tak ramai sangat orang. Tempat pun kat Kompleks PKNS, sambil tunggu passport siap boleh la nak lepak2 makan ke... cuci mata ke...kan? Hehehe..

Papa & Mama pegi Jabatan Immigration Shah Alam hari rabu, sampai dalam pukul 10.30 pagi, terus pegi tingkat 2, ambik gambar ukuran passport untuk Aimy. Susah jugak nak ambik gambar budak kecik ni.. Kena pujuk dengan air milo kotak baru jalan.. Heheh.
Gambar dah siap, bayar RM12 untuk 4 keping gambar. Lepas tu photostat Mama punya Mykad dan Aimy punya surat beranak ( kalau Papa yang sign kat Borang Passport, kena Mykad Papa lah ). Borang Mama download dari website dan dah isi siap2.
Lepas tu, pegi kaunter untuk ambil Nombor. Lepas ambil nombor, tunggu sampai nombor dipanggil.
Bila nombor dipanggil, serah dokumen2( Borang, 2 keping gambar, surat beranak, Mykad Mama, copy surat beranak & copy Mykad Mama) pada kaunter. Mama bawa juga Mykid Aimy, tapi x perlu pun.
Lepas cap jari Aimy diambil, kena tunggu kat kaunter lain pulak untuk process pembayaran. Untuk Passport kanak2, RM100 untuk 2 tahun & RM150 untuk 5 tahun. Beza RM50 je kan, so Papa amik yang 5 tahun ( ada chance nak gi 'oversea' dalam masa 5 tahun ni.. Ekekekek )

Bila nama Aimy dipanggil, Papa bayar dan dapat resit. Passport akan siap selepas 1 jam dari waktu pembayaran. So, ada masa 1 jam menunggu Papa & Mama 'Brunch' kat McD.
Sempat Aimy menge'pau' Papa selipar Angry Bird dengan belon Minny Mouse

Lepas 1 jam, Papa & Mama naik balik ke tingkat 2, dan letak resit kat dalam bakul di Kaunter Pengambilan Passport. Tunggu lagi sampai nama dipanggil. Bila nama dah dipanggil, kena ambik cap jari Aimy lagi dan dapat la Passport. Selesai semuanya dalam pukul 1.30 tengahari.

Untuk passport Aisya & Amna, Mama risau la jugak nak kena tukar gambar ke tak. Gambar Amna la paling lain sebab masa buat passport umur dia belum 2 tahun lagi. Sekarang ni dah 5 tahun. Tanya kat kaunter Immigration memang disarankan tukar. Mama tanya kawan2 Mama kat FB, ada yg tukar ada yang tak tukar. So, sebab ada yang tak tukar Mama decide tak yah tukar lah:)

Ini dia passport Aimy :)
Passport Aimy dah settle, next step tukar duit ke Singapore Dollar. Sebab pegi USS aje, budget tukar duit untuk makan & beli sikit souviner. Papa tukarkan duit kat money changer di Rawang dengan rate 2.47. Tak tau la ok ke tak rate tu, sbb tak pernah amik tau pun sebelum ni.

OK, semua dah ready, tinggal tunggu tarikh nak pegi jer. Yeayy!! :)
Oppsss!! Sebelum tu Papa beli beg sandang untuk bawa barang2 Aimy terutamanya dan baju hujan Aisya & Amna. Takut hujan plak nanti, almaklum la sekarang ni musim hujan kan. Tapi kalau dari forum pasal USS yang Mama baca, kat sana pun ada jual baju hujan ni. So, terpulang pada keperluan masing2:).
Mama prepare jugak surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah untuk Aisya hantar pada guru kelas sekolah Kebangsaan & sekolah Agama. Nasib baik minggu exam dah habis:). Untuk Smart Reader Amna, Mama info melalui sms je.

OK, jumpa di next entry!!
(Isskk.. Tak sabar ni....)

Tuesday, October 04, 2011

Makanan Jepun Pertama di Bukit Beruntung - TAKOYAKI

Ada gerai Takoyaki di Bukit Beruntung?? Biar betul, siapa yang jual?? Risik punya risik, rupanya yang jual ni orang Perodua jugak. Tokeynya pernah training ICT di Jepun. Bagus betul, sambil job training, usya benda lain yang boleh dibuat income. Respeklah! Mama yang study 4 tahun kat sana pun tak terfikir nak belajar buat Takoyaki pun...makan jer pandai..huhuhu


Mama 1st time makan Takoyaki ni, hari pertama Mama & kawan2 sebatch(Ujen, Cik Tat & Toyol) sampai di Shiga. Sempai(senior), belanja makan Takoyaki ni sebab ada jual kat sebelahhh jer dengan apartment yang Mama sewa. Masa tuh memang rasa kembang tekak nak telan. Kesimpulannya masa tu..tak sedapnya Takoyaki nih!! Tapi bila dah nareru(biasa) dengan makanan Jepun, Takoyaki dah jadi makanan wajib tiap2 bulan:). Dan setiap kali kohai(junior) datang, Takoyaki lah jadi makanan pertama diorang...huhuhuhu


Ini la gerai Takoyaki tu..Location depan deretan kedai makanan berhampiran Tesco Bukit Beruntung. Macam gerai burger jer kan?;)


Ada 4 jenis : Takoyaki (Japanese Octopus Dumpling Balls)RM5.00, Toriyaki(Ayam)RM4.50, Ebiyaki(Udang)RM4.50 & TamagoCheeseYaki(Telur Cheese)RM4.00.



Nihon Ryori =Masakan Jepun


Mama posing depan Gerai Takoyaki :)

Tak tau la kenapa gambar nih tak leh nak rotate, 3 hari dah adjust...iskkk!!


Itu dia dapurnya.


Takoyaki yang dah siap di "goreng". Mama suka yang garing, biar rangup di luar..lembut di dalam. 2nd time beli Mama pesan kat adik tu, "tolong goreng garing sket yer dik".


Lepas tu letak mayonis.


Serbuk Seaweed. Katanya memang order terus dari Jepun.

Kemudian ada 2 jenis sos dan Katsuobushi (Salmon Flake)

Tak tau la kenapa panggil 'Salmon" sebab rasanya "Katsuo" tuh sejenis ikan lain. Tak kisah la kan..janji sedap :)

Takoyaki yang dah sampai rumah sedia untuk dimakan. Takoyaki ni kena makan panas-panas..baru bestt!!


Menyesal la plak beli 6 ketul jer..TAK CUKUP! huhuhuhu



Itu ha TAKO (Octopus) nya..memang kecik..huhuhu..tapi berbaloi la dengan harga RM5.00 kan..


Thumbs Up dari Amna. Amna memang ikut tekak Mama. Semua telan:)


Besar Takoyaki ni..penuh mulut!!


Abis dah...1st time beli 6 ketul jer..memang tak cukup. 2nd time beli 2 bekas. Takoyaki & Ebiyaki. Next time nak try Toriyaki & Tamagocheese plak.




Daisypath Anniversary tickers