Travel

Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Monday, October 01, 2012

Basikal Motor : Mama & Papa Jakun!

Pernah naik Basikal Motor?
Rupa macam motor, tapi sebenarnya basikal...huhuhu
Basikal yang ada enjin berkuasa elektrik yang menggunakan bateri yang boleh di charge.
 
Balik kampung baru-baru ni, Papa nampak sesuatu yang baru kat garaj Atuk..jeng!jeng!jeng!
Mula-mula ingatkan motor, sebab ada plat nombor. Tapi awat plat K? Beli kat Kedah ke? Rupa-rupa nya plat tu, Atuk yang letak...KHA tu..sempena nama Nenek! Hahahhaha..memang kreatif Atuk nih.
Atuk beli untuk nenek, supaya senang nenek nak kemana-mana dalam felda nih. Nenek memang tak pandai bawak motor. Basikal motor ni takde gear, "press" je terus gerak. Kalau bateri abis, ada pedal untuk kayuh.
 
Mama dan Papa pun menerai la basikal motor nih..Switch ON, 'press' je terus jalan. Mama terketor-ketor jugak membawanya. Rasa bergoyang-goyang. Amyras macam biasa..over excited!
Ali boleh usha jer kakak-kakaknya meround dengan basikal motor nenek. huhuhu
 
 
Terjadi jugak incident, Amna mem'press' basikal nih dan berjalan!! Nasib baik dapat diselamatkan. Salah Mama la sebab tak switch OFF enjinnya.
Mama ingatkan dah switch OFF sebab takde bunyi kan..huhuhuhu
Kalau Motor betul tu..mau dah melambung dibuatnya!!
Nasib baik takde apa-apa. Syukur Alhamdulillah.
 
Atuk nak bawak Amyras meround

Aimy yang baru mandi, rambut pun tak sikat lagi!!

Pak Dollah new family ;p

'Ali muka mengantuk

Amna lari lagi laju kuuutttt...hahhahhah

Turn Papa pulak kena bawak Amyras round

Saturday, March 19, 2011

Jambu Batu Tanpa Biji di R&R Simpang Pulai

Perak memang terkenal dengan jambu batu & limau barli. Kalau balik kampung, mesti singgah kat R&R Tapah atau Simpang Pulai untuk beli jambu batu dan jambu air madu. Tapi jambu air madu datang dari Thailand.
Orang kata kalau beli kat area jalan dalam lagi murah. Sebab biasa lalu highway je.. Tak leh nak compare la harganya :)
Hari ni balik kampung. Singgah R&R Simpang Pulai beli jambu batu tanpa biji, jambu air madu dan mangga potong. Jambu batu 1 plastik tu 2kg=rm12.00. Jambu air 1kg=rm13.00. Mangga potong 1 plastik=rm2.00.
Mama guna Apps Color Effect pada gambar ni. Cool tak? :)

Saturday, February 05, 2011

Mak Long Tukang Gunting :)

Balik kampung baru2 ni, Mak Long rimas tengok rambut anak2 mama yg menutup mata ;p.
Makanya ketiga-tiga anak mama kena potong rambut. Yang peliknya nak plak diorang potong rambut, terutamanya Aimy la..kalau mama yang potong..jenuh kena kejar keliling bilik air..hehhe..bilik airnya tak la besar..tapi susah wooo nak potong rambut Aimy. Dengan mak long elok jer dia diam..baguss..bagusss :)
Tima kasih pada Mak Long :) Dah siap pun pejam mata..kekkeke

Rambut bdak ni sangat tebal!!

Budak tembam!!

shomeeiiiiii :)


Friday, February 04, 2011

Edible Garden Atok

Edible Garden - angan2 Mama kalau ada rumah bertanah nanti :), kat rumah Atok pun ada Edible Garden..jom tgk apa yg ada. Ulam raja, cantik bunga ulam raja ni kan?

Pernah tengok buah pokok manis? Daunnya biasa buat sayur masak lemak putih. Mama pun 1st time tengok. Bunga nya warna merah, buahnya warna putih.


Apa nama pokok ni ek? heheh


Buah mengkudu, pahit gila nih! MakLong makan cenggitu jer. Kalau daun mengkudu, mama guna masa dalam pantang..letak kat tungku. Kalau daun pucuk muda boleh buat ulam. Rasanya lemak-lemak kelat.

Ini daun clover kan? Dalam drama Jepun, selalu ada tunjuk scene..awek/pakwe cari daun clover yang ada 4 helai (biasanya 3 helai jer)..kenapa cari yang 4 helai ek? lupa dah mama kenapa..heheh

Ini feberet gambar mama:)
Apa nama pokok bunga ni pun mama tak tau. hehhe
Lagi pokok bunga yg mama tak tau nama ..heheh


Daun pokok bunga ni unik. Bentuk rama-rama. Cantik!

Pokok Puding. Memang banyak kat rumah Atok. Arwah Opah dulu memang rajin tanam pokok bunga Puding ni. Arwah Opah suka 'tut' kan pokok Puding ni. Mama pernah belajar nak tut kan pokok Puding ni dari arwah nenek.
Cara-cara tut pokok Puding:
1) buang kulit pada batang pokok.
2) letak tanah pada keliling batang yang dah di buang kulit tadi.
3) bungkus dengan plastik dan ikat supaya tanah tuh melekat kat batang pokok tu.
Lama-lama akar akan keluar kat area kulit yang di buang. Bila akar dah tumbuh, boleh la pindahkan pokok yang di tut ke dalam pasu :)

Thursday, February 03, 2011

Rumah Atok


Sebenarnya, mama cuba update entry guna e-mail. Tapi yang terpublish gambar sahaja..hmmmm...tgk kat blogger dah follow dah cara2nya..dah betul dah rasanya...tapi tak menjadi plak..:(

Ini rumah Atok, dari dulu cat mesti warna merah hati/maroon ni..seingat mama memang x penah tukar kaler lain. Biasanya memang Atok cat sendiri. Atok memang banyak benda yang Atok buat sendiri. Mama selalu tengok Atok repair tv, mesin basuh, mesin jahit, peti asi, basikal, motor, kereta. Kalau Atok repair satu-satu benda tuh memang dari pagi sampai ke petang Atok ngadap benda tu selagi tak siap. Mama tak mewarisi bakat Atok, lagi jahanam benda tu ada la..heheh

Bata yang ada kat halaman rumah tu pun Atok buat sorang2. Atok buat sebelum kenduri kawin mama. Masa kenduri kawin mama, memang cantik jer bata tersusun, tak der masalah lecak kalau hujan.

Lepas kenduri, Atok sambung letak bata kat tepi rumah pulak. Bila dah lama, lumut2 hijau membaluti bata-bata tu..cantik!!


Atok siram pokok-pokok bunga tanaman Atok.

Atok tengah tanam pokok dalam bekas plastik. Kalau mama ada rumah bertanah, sure mama dah amik 2-3 pokok. hhheheh..Amna tu nak lari dari kucing..penakut betul dengan kucing!

Qistina, Alya & Aimy main kat atas pankin. Kalau tak pangkin nih bawak pokok jambu kepal. Tapi Atuk baaaaru je tebang pokok jambu kepal & pokok kuinin..dah takder tempat teduh..tempat main buai pun dah tak der...Atuk dah tak larat nak sapu daun2 kering. Sian Atok.

Bergambar di pankin sebelum balik BB. Kalau dah terdedah cam ni, rasanya tak lama la hayat pangkin ni :) ..Biasanya ini la tempat lepak lepas lunch, sambil gossip2 dengan Yong. Entah2..bila balik next time ada benda baru kat sini..hehheh..gazebo ke kan..mana tau!


Daisypath Anniversary tickers