Travel

Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Friday, November 08, 2013

11th Anniversary ♡ Cameron Highland - Part 3

Sejuknyaaa pagi-pagi kat Cameron Highland ni...liat betul rasa nak bangun. Kalau lambat bangun kang terlepas la pulak waktu sarapan. 

Antara makanan buffet sarapan pagi ini. Budak-budak layan coco crunch jer.. Tak berbaloi langsung! 


Posing selepas sarapan, susah betul nak amik gambar budak-budak ni. Tak mau diam!




Macam comel jew.. Macam sweet jeww.. LOL!



Lepas check-out, posing jap di kawasan hotel. Di sebalik pagar putih tu adalah kawasan bilik yang ber view kan taman.


Mimi yang bad mood.


Nak jugak posing berdua tu.. Heheh


Selamber je budak-budak ni duduk atas jalan. Adoiii..


Intai-intai taman.


Last photo in front of Century Pines Resort.

Seperti yang dijanjikan Papa semalam, hari ni kita pergi balik ke Teh Boh Plantation.


Jalan menuju Cafe Teh Boh melalui padang. Masa ni pekerja-pekerja Teh Boh sedang melakukan aktivity family day. 


Gerun jugak nak naik ni. Dah la Mama pakai hi-heels. Nyesal tak tukar pakai selipar.




Sampai dahhh.. Mengah jugak dibuatnya. Ramai betul pengunjung!!


The magnificant view♡♡♡


Nice decoration...ada info-info mengenai sejarah Teh Boh.


Antara bahan sejarah Teh Boh yang dijadikan decoration.


Cafe Tea Ria. Sangat ramai orang. Kena beratur panjang.


Ini dia makanan yang Mama beli. Layan teh Boh tarik sambil menikmati pemandangan ladang teh. Perrghhhh!! しあわせ♡



Amyras excited nak tuang teh.



Gula pasir yang disediakan di atas meja. Boleh la letak berapa banyak anda suka :)



Teh Tarik dalam mug : RM3.50. Huhuhu



Family picture taken by Aisya dalam hujan gerimis. 
Lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik bawak payung. Sebab kan hujan, Mama tak de mood nak pegi mana-mana dah. Ada gak niat nak beli bunga, sayur etc. Tapi bila dah hujan, malas toi nak turun dari kereta.
Takpe.. Next time kita pegi lagi yer Papa:)

Sunday, November 03, 2013

11th Anniversary ♡ Cameron Highland - Part 2


Destinasi seterusnya Teh Boh Plantation. Tapi malangnya hujan turun.. Cafenya atas bukit, kena menapak. So, Papa kata esok lah kita pegi. Ngeri betul jalan nak pegi Boh Plantation ni, sempit sangat jalannya!!

Pemandangan ladang teh yang sangat cantik.


Sampai dah ke Century Pines Resort ( lokasi pengambaran Drama Adam & Hawa.. Huhuhu)


Papa menunggu sambil Mama check-in.



Excited budak-budak ni bila masuk dalam bilik. Cantik biliknya, siap ada balkoni. Tapi pemandangan luarnya kureeng sebab mengadap rumah orang. Ada bilik mengadap garden, tapi mahal la sikit harganya.


Sessi melawat bilik air. Hehehe..


Dinner malam ni di Marrybrown, Tanah Rata. Cuaca hujan, malas nak round-round dah.. Belasah je la Marrybrown.


Happy je Aisya & Amna.



Papa kata "bleh nampak tak Papa kat kerusi ni?". Ekekek.. Kaler kerusi sama ngan kaler baju.

Firts time makan kat Marrybrown ni.. Memang takde apa yang istimewa. Ayam  goreng of coz KFC lebih baik. Fun Fries of coz McD lebih baik. Order cappucino- mak oiii.. Cappucino paling tak sedap pernah Mama rasa. Huhuhu.. No more Marrybrown.

On the way balik, Papa tapau mee goreng. Takut lapar tetengah malam..

Thursday, October 17, 2013

Pre 11 Anniversary Ambry & Naa

Sempena plant shutdown ( cuti raya ) Papa & Mama mengambil kesempatan untuk dating. Kira macam pre Annivesary lah nih. Hehehhe

Plannya nak tengok movie kat GSC One Utama. Takde cerita yang menarik sebenarnya... Tapi belasah je beli tiket cerita Gravity lakonan Sandra Bullock & George Clooney. Pelakon mantap kan .. Sementara tunggu movie pukul 12.20. Makan crepe kat Shimino Crepe. Decoration macam kat Jepun, ada peta train area Tokyo. Feeling-feeling Jepun lah ni.. Kekeke ( amik gambar peta tu & upload ke fb, konon2 kat 'Shinjuku'... Kehkehkehkeh )

Banana-Ice creamnya biasa-biasa aje..

Lepas tengok Gravity yang pelakonnya 2 org tu je.. & lakonan kat 'angkasa lepas' aje..Papa 10 kali sebut bosan dalam panggung.. Kihkihkih .. Sila JANGAN tengok cerita nih okeh!!
Lepas tu lunch kat Hokkaido Ichiba. 

Mama makan tenpura soba. Ingatkan kecik je.. Sekali datang, macam sudip sudunya!! Biasanya makan set, tak pernah order tempura soba aje. Pas tu order Matsutake Gohan ( Nasi cendawan ) .. Sendat perut.. Nak masuk dessert - Macca Tiramisu pun mengah dibuatnya.

Papa order Zaru Soba & Macca Wafle.

Lepas tu nampak Anlene buat BoneHealth Check. Mama & Papa join la.. Ada 5 check point. Semua check point information about calcium & Anlene. Check point no 5 baru check tulang guna machine.

Papa dapat bacaan yang bagus - area hijau (+0.4). Bacaan Mama naik sikiiiiiiit dari yang pernah check sebelum ni (+0.1).

Kena habiskan semua check point dan dapat fridge magnet customize.

Sementara tunggu fridge magnet, boleh minum Anlene free & shopping susu Anlene. Seronok plak join aktiviti macam ni.. Hehehe.
Tanoshi ichinichi deshita♡




Saturday, August 24, 2013

Gala Raya Perodua - 20th Anniversary

Hari ni ada open house di Perodua atau nama glamernya Gala Raya (ada orang kata Galak Raya... Heheheh) Jemputan dianggarkan 20K orang.. Perghhh ramai tuu..jemputan kehormat adalah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kita sampai dalam pukul tiga petang. Kaunter cabutan bertuah dah tutup. (Majlis mula pukul 1 tghari). Kad Mama pun tertinggal kat opis. Ingatkan kalau sampai awal nak pegi amik. Sampai pun dah lambat.. Lupakan ajer lah.. Huhuhu..
Parking kat KLB post ( ikut E9 ) .. Jauh wehhh.. Tapi ada shuttle bas, tak la berjalan jauh. Bukan selalu anak-anak Mama dapat merasa naik bas kan. 

Perdana Menteri Malaysia
Credit fb Nurulhuda

Baju melayu biru tu boss Mama. First time pakai baju melayu.
Credit fb Nurulhuda.

Amyras & Ali excited naik bas.

Khemah pertama sangat sesak. Sisa makanan tak dikutip, bertimbun atas meja. Tak de sapa yg kutip ker?? Tong sampah pun tak nampak kat mana.
Kaunter makanan pun banyak yang dah habis tak bertop-up & berterabur. Sangat mendukacita kan.. 
Mama minta kat orang rambutan untuk Amyras sebab sebuk nak buah. Kat kaunter dah habis... Dapat sekali dengan satay. Huhuhu

Khemah no 3 lengang.. Selesa sikit nak makan. Tapi kaunter makanan sama.. Lambat top-up.. 
*bekas air Ali yang biru ni tertinggal plak.. Huhuhu

Ingatkan skrin tv siarkan apa yang berlaku dalam khemah utama. Tapi rupanya nombor cabutan bertuah jer.. Nak tengok apa yg berlaku dlm khemah utama memang dah tak boleh.. Sesak! Kalau ada skrin kat luar yang boleh tengok kan bagus..

Posing sebelum balik. Ali buat piss.. Sebiji macam Amna buat masa baya2 Ali. :)

Amna nak tengok konsert. Berat ek Papa? Hehehe

Tengok Kakak Amna duk atas bahu Papa, Ali terus panjat bahu Mama!! 

Soalan azimat Papa 'apa yang bestnya orang ramai-ramai ni?' Jawabbb.. Jaawaabbb... Hahhahaha

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Kurung moden Mama & dress Amyras by Dyana Rosmaddy.
Shawl sedondon Mama & Amyras by Ambrynaa Shawl.
Baju Melayu Papa & Ali by PKNS.

Raya pertama tahun ni di rumah Atuk. Sepatutnya kalau ikut turn raya pertama kat rumah Makwan. Tapi sebab Makwan nak raya kat Taiping, kita balik Sungai dululah dan akan menyusul ke Taiping.

Mama tak bawa DSLR!! Adoiiii.. Cam mana leh lupa benda penting. Kalau kat umah Atuk ni tak sempat nak amik gambar family, tetamu dah datang beraya.
Ali plak mengamuk masa nak amik gambar family kita.. Memang x de gambar yg elok. Huhuhu

Pagi pegi beraya Amyras beraya ke rumah jiran2. Excited Aisya & Amna beraya kali ni.. Aimy yang tak pandai lagi.. Belum sampai umah jiran dah kena hantar balik. Ekekeke...
P
Petang raya pertama beraya di rumah Tokyah, Cik Gayah, Yong & Mak Anjang di Taiping. Pukul 1 pagi baru sampai rumah Atuk...














Daisypath Anniversary tickers