Travel

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Kena Cium ....

Pagi yang agak kelam kabut sebab lambat. Biasanya pukul 6.30 pagi dah bergerak, tapi hari ni pukul 6.45 pagi baru nak turun tangga. Sebabkan kelambatan itu, Papa hantarkan anak-anak ke sekolah dan taska. Mama pergi kerja terus. Walaupun nak cepat, tapi Mama masih memandu dengan berhemah. Paham dengan traffic akan banyak kereta kalau dah pukul 7 pagi.

Keluar dari pintu gerbang MK, nak sampai ke simpang 3 nak masuk ke kanan berhampiran banglo besar tu.. Kereta banyak dan Mama menekan brek mengikut kereta depan. Tiba-tiba DUMM!!!! kereta dilanggar dari belakang. Nasib baik kaki memang tengah tekan pedal break... Kalau tak mau naik atas divider jalan. Pening mama sekejap, dah la memang tengah pening kepala badan tak berapa sihat. Terus amik tepon, cari no tepon Papa .. Tapi macam lamanya tak jumpa-jumpa. Panik punya pasal. Bila call Papa 2 kali tak angkat, sure Papa tak bawak handphone ni, terus call Kak Zila Taska, minta bagitau Papa. Masa ni Papa tak sampai Taska lagi. Sambil tunggu Papa, Mama sms boss bagitau accident dan minta cuti 1 hari.

Mama minta budak ( x de la budak, tapi muda la lagi dari Mama ) yang langgar mama ke tepi kan kereta. Kereta dia remuk depan, tak boleh nak start enjin dah kut. Sementara tunggu Papa, datang 'tonto' geng-geng tarik kereta ni. Cepat je diorang sampai. Dia pun calling-calling kawan-kawan untuk 'tolong' settle kan accident ni.

Bila Papa sampai, Mama pesan kat budak yang langgar Mama tu minta maaf kat Papa dan Mama bagitau Papa garang. Memang Papa keluar jer dari kereta terus mengamuk!! Takut Mama nak tengok Papa masa tu. Ikut hati nak record tapi takut pulak. Hehehe.. Dah la dengan pakai baju takde lengan kaler merah. Memang nampak 'gengster' lah! Kesian plak kat budak tu, berpuluh kali minta maaf.

Bila traffic dah reda, diorang suruh Mama pegi balai polis dulu. Sementara tunggu tow truck untuk angkut kereta yang melanggar. Sampai kat Balai Polis Bukit Sentosa Mama & Papa sarapan pagi dulu kat depan balai. Bila diorg dah sampai baru sama-sama masuk dalam balai buat report.

Mula-mula Mama yang buat report dulu. Bagi Mykad & lesen memandu. Bagitau pada officer kejadian berlaku antara kereta apa dengan kereta apa, di mana, pukul berapa. Officer tu yang buatkan ayat. Bila dah siap, dia tunjuk kat kita . Kalau ok dia print. Siap print tanda tangan dan tunggu pegawai penyiasat pulak untuk check kereta. Tunggu pegawai penyiasatnya lama jugaklah! Papa pegi sarapan untuk kali ke 2 dengan geng tonto sementara tunggu pegawai nih.
Bila pegawai dah sampai, dia ambil gambar 2-2 kereta. Kemudian kami di interview dalam bilik pegawai penyiasat. Dia minta lukis gambar rajah tempat kejadian. Dia tanya kerja apa, tinggal kat mana dan sebagainya. Bila dah habis dia tulis report, Mama keluar dan turn budak yang melanggar pulak di interview.

Tonto advise bawak kereta tu naik tow truck pegi bengkel. Tak kena bayar katanya. Kalau tak kena bayar OK lah. Mama & Papa naik keta kelabu balik rumah, amik apa-apa document kereta untuk hantar ke bengkel.

Kereta dihantar ke Rawang Yee Motor Sdn Bhd. Dari luar bangunannya macam kilang. Namanya pun kilang membaiki kereta. Banyak gila kereta accident, penuh sampai kat luar pagar!

Mama & Papa masuk dalam 'kilang' ni dan jumpa awek yang Mama kenal - Dalela. Tak sangka boleh jumpa kat sini. Dulu Dalela praktikal kat VID. Kat sini kerja sebagai Claim Executive, dia explain prosedur dan document yang perlu di submit. Report polis, salinan mykad Mama & Papa, salinan lesen memandu Mama & Papa, salinan geran kereta & salinan polisi insurance. Mengikut kata Dalela, mula-mula akan claim insurance sendiri, nanti insurance kita akan claim dari insurance pihak yang melanggar. Tak kisah la macam mana, janji jangan pihak yg kena langgar ni pulak yang kena bayar.
Mengikut kata makeniknya, kereta boleh siap dalam masa 2 minggu. Harap-harap siap seperti yang dijanjikan. Dah la bermula dari minggu depan Papa dah kerja tempat lain.. Adoyaii.. Dugaan dugaan....



















Thursday, March 14, 2013

Upacara Meletak Batu Asas Kilang Baharu Perodua dan Pelancaran Model 'S' Series Perodua

Hari ini sempena sambutan 20 tahun Perodua, ada event besar kat Perodua. Buat julung-julung kalinya pelancaran model kereta di buat di Perodua. Biasanya dibuat di hotel. Kali ni buat kat padang Perodua, pasang khemah besaarrrr punya, boleh muat 5 ribu lebih orang dalam khemah tu.

Walaupun kepanasan duk dalam khemah tu, tapi excited nak tengok perasmian model 'S' series mengatasi segalanya. Cewah!!

Duduk depan skrin besar. So, amik gambar dari skrin besar jer la. Sebab khemah depan pentas utama dah penuh.

Mama tak reti nak cerita pasal kereta ni..apa beza 'S' series dengan model yang sedia ada? Itu kena tengok sendiri kat Perodua outlet atau layari www.perodua.com.my

Yang Mama tau, warna specialnya Ozy Orange. Sekali pandang macam kaler merah, tapi lain. Ada banyak ciri-ciri tambahan tapi harga boleh dapat dari 25 ribu.


















Daisypath Anniversary tickers