Travel

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

In Cafe, Damansara Perdana ~ Organic Food versi minum petang

Hari ni hari ke-2 training CWA unit trust. Seperti yang Mama tulis last post, Mama nak mai lagi rasa kek organic plak.
Habis kelas cepat hari ni. sambil tunggu Papa sampai. Mama lepak sini dulu rasa kek organic kat In Cafe ni.
Ada 3 pilihan je. 
1) Goji Berries Maca Brownies (jgn tanya Goji Berries tu macam mana.. Tak tau! Hahahah)
2) Chia Seed Carrot Cake (Chia Seed?? Pelik-pelik aaiihhhh...)
3) Gluten Free Flourless Cacao Hazelnut ( tak dak tepung??? )

Tengok rupa brownies dengan carrot cake tu macam kering & keras je. So, try amik Cacao Hazelnut. Walaupun nampak kering jugak. Huhuhu
Cacao Hazelnut tu boleh pilih nak makan ngan yogurt atau ice cream. Mesti lah ice cream kan!

Overall sedap, tapi mahal. Hahahhaha


Menu yang kena dongak bila nak baca.

Lapik kek atas daun pisang. Kalau takde ice cream dah rupa bengkang. Heheh
Tapi kek sedap, texture yang sangat lembut.
Harga : RM13

Latte yang mini. Biasa gelas panjang, ni gelas pendek. 
Harga : RM12

Selfie itu wajib(^^)v

Gluten Free Flourless Cacao Hazelnut.
Whole cake, nampak kering kan?

Chia Seed Carrot Cake

Goji Berries Maca Brownies

List coffee & tea

Kenapa organic food mahal?


Sunday, November 17, 2013

Happy Birthday Papa♡ Special Choc Moist with Cream Cheese Topping

Sempena Birthday Papa yang ke 36, Mama buat kek siap deko lagi.. Wahhh.. Macam cantik jer.. Macam sedap jer.. (Kagum dengan diri sendiri.. LOL!)
Cream Cheese Topping
Special Choc Moist with Cream Cheese Birthday Cake namanya... Fuhhh!! Kemain!
Cream Cheese Topping
Wajah-wajah kesayangan hamba yang tak sabar nak makan kek.
Cream Cheese Topping
Mama guna tepung kek segera ni je.. Sebelum sampai kedai kek Nani's Bukit Sentosa, Mama dah tanya kawan-kawan resepi kek coklat yang sedap & senang. Resepi yang Mama dapat kena buh buttermilk, malangnya buttermilk dah habis. Tengok kat Nani's ni ada tepung coklat kek segera yang Nani's buat sendiri.. "Bahan-bahan sama je mana-mana coklat kek" kata adik yang jual tu.. Betul jugakkan.. So, Mama amik la tepung segera Special Chocholate Moist ni dan tambah je telur, air panas & 200g melt butter. Mama lebih suka kek dengan resepi butter berbanding minyak sayur.
Mama bakar suhu 160 C selama 35 minit.
Cream Cheese Topping
Ini dia rupa kek yang baru siap dibakar. Kemain lagi mengelembung naiknya.. Tapi bila dah sejuk turunnnnnn.. Hehehehe
Cream Cheese Topping
Masa untuk mendekor.. Mama beli UHT whipping cream ni.. Tanya Angah Kina dia kata untuk topping seswai NON-DAIRY.. Nanti topping tu tak kembang. Alaaaaaaa...mula fikir nak buat cheese leleh.. Tapi Mama dah beli nozzle, rugi plak kalau tak guna.. Kan kan kan.. Belasah jer lah.
Cream Cheese Topping
Bahan-bahan untuk topping:
250g Cream Cheese
2 cup non-dairy whip cream ( resepi sebenar)
1 tbs cuka ( Mama buh lemon juice )

Cara-caranya:
"Putar cream cheese dlu. Suhu cc jgn beku. Agak2 dlm suhu bilik. Tp whip cream bia suhu peti ais yg bwah" kata Angah Kina. Last sekali buh la lemon juice & adjust rasa masam tu. Mama memang suka masam-masam ni.
Dah siap masa untuk mendekor.

Mula-mula potong 2 dulu kek. Alamak! Tengah2nya macam x masak.. Erkkk.. Silap la tak cucuk check dulu malam tadi.. 
Tapi bila dah letak cream cheese.. Tak nampak dah.. Huhuhu
Cream Cheese Topping
Eeeeerrrrr... Ini masalah problem, cam mana nak guna nih?? Terus wassap kawan-kawan tanya. Seb baik Untie Hada menjawab huhuhu..
Cream Cheese Topping
Tapi nak guna benda plastik tu tak reti..
So, guna nozzle & piping je macam untie Hada. Mula-mula test dulu kat atas pinggan.. Bukan bunga yang ni.. Tukar bunga lain yg ada 5 kelopak tu.. Haaa baru ada rupa!
Cream Cheese Topping
Siap dekor bunga rose! Cream tak cukup nak cover tepi tu.. Tapi macam ni pun dah ok dah ni..
Sebelum bertolak ke PD.. Makan kek dulu.. Sebab mama tak de bekas yang besar nak bawak sebiji kek ni.
Bahagian dalam yang comot. Hehehe
Tapi rasa nya seperti yang Mama nak.. Nyummmmm...nanti boleh beli lagi tepung segera kat Nani's .. Banyak lagi tepung segera yang lain. RV pun ada.
Sweet moment.. Comel sangat gambar ni :).. Lepas tu, Ali nak suap sendiri. Big boy already!


Daisypath Anniversary tickers